SHAH ALAM - Pendirian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dipersoalkan lagi memandangkan kedua-dua pihak sudah berdamai.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, satu Malaysia sudah jelas dan  menerima hubungan baik antara Mahathir dan Anwar, dan perkara ini juga disambung baik oleh keluarga masing-masing.

"Semua pihak dah tengok Mahathir dah bersalam dengan Anwar, lagipun semua pihak dah dengar kenyataan keluarga Anwar untuk tidak mengenang barang yang lepas.

"Kemudian Mahathir dipilih menjadi Pengerusi Pakatan Harapan juga dengan persetujuan Anwar, manakala Anwar jadi ketua umum,  juga dengan persetujuan Mahathir, yang tidak jelas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya sahaja," katanya.

Beliau berkata, Najib dan koncu-konconya takut dengan penggemblengan tenaga antara Mahathir dan Anwar.

"Najib mengharapkan kerjasama dan hubungan erat ini tidak dapat dapat dipulihkan kerana beliau tahu gandingan Mahathir dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan kuat, lagipun kami yakin boleh  menggoncang Najib daripada tampuk pemerintahnya," katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri berkata, Mahathir perlu menjelaskan beberapa persoalan kepada rakyat terutama soal pendiriannya terhadap Anwar yang didakwa melakukan perbuatan di luar tabii pada 1998.

Najib berkata, semua itu menjadi persoalan besar rakyat, sama ada tuduhan itu tidak betul pada asasnya ataupun beliau sanggup berkorban prinsip lamanya demi politik.

Kamarudin berkata, persoalan itu sebenarnya bukan ditimbulkan oleh rakyat sebaliknya oleh Najib kerana bimbang Pakatan Harapan akan bertambah kuat.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI BULOH - Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat masalah tekanan darah kurang stabil, petang tadi.
  • SEREMBAN - "Ibarat sinetron, tapi yang anti-klimaks," ujar Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun ketika mengulas pengumuman khas oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kepulangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke pangkuan Umno, petang semalam.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang media khas di Ibu pejabat Umno di Tingkat 39, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.
  • SHAH ALAM - Kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara luar mampu memberikan implikasi yang baik demi pembangunan dan kesejahteraan negara.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar pihak pembangkang yang menuduhnya menjual kedaulatan negara hanya kerana menjalin hubungan yang erat dengan China.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.