Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din
KANGAR - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang kalah dua kali bagi kerusi parlimen Arau pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 akan menguji keupayaannya sekali lagi bagi kerusi parlimen yang sama pada pilihan raya umum ke-13.
Beliau yang ditemui media selepas merasmikan bilik gerakan Pas Parlimen Arau di Simpang Empat dekat sini malam tadi mengesahkan untuk menjadi calon parti itu bagi kerusi yang kini dikuasai Barisan Nasional.
Haron, 73, pertama kali bertanding kerusi parlimen Arau pada 2004 tetapi kalah kepada Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail manakala pada 2008 pula dikalahkan Datuk Ismail Kasim. - Bernama
Artikel Berkaitan
- Pas sedia bantu polis siasat konspirasi gulingkan kerajaan
- Pas layak jawatan Speaker
- Isu Exco Selangor: DAP akan bincang semula
- Pas tolak kekerasan
- Pas Selangor: Tony Pua lupa keputusan yang dibincangkan
- Exco Selangor : Pas dapat 4 tempat, guna formula 4:3:3
- Pas tidak sokong kekerasan, pilih demokrasi
- Keputusan sabotaj Umno PRU13 minggu depan
- Pas wajar tuntut lebih kerusi Exco
- PR ramal BN bakal berpecah
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.




