SERI ISKANDAR - Pakatan Harapan Perak mempertaruhkan tiga calon Bersatu bertanding di tiga kerusi Dun iaitu Dun Bota, Dun Belanja dan Dun Manong.

Pengumuman itu dibuat semasa ceramah Pakatan Harapan bersama Tun M di Bandar Universiti malam ini.  

Dalam pengumuman itu, kerusi Dun Bota akan ditandingi Ketua Pemuda Bersatu Bahagian Parit Azrul Hakkim Azhar, kerusi Dun Belanja pula ditandingi Yahanis Yahya dan kerusi Dun Manong ditandingi Mohamad Isa Jaafar.

Turut diumumkan kerusi bagi Parlimen Parit akan ditandingi Tarmizi Mat Jam yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan.

Ceramah berkenaan dihadiri Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Amanah Mohamad Sabu; Presiden PKR , Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.