SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa untuk mengelak daripada kalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup melakukan apa sahaja.

Dakwanya, semuanya dihalalkan Najib, pembangkang ditekan dan salah guna kuasa berleluasa.

"Rasuah, sogokan dilakukan secara terbuka tanpa segan silu. Jabatan kerajaan diperalatkan secara salah. Pembangkang ditekan, disoal, ditahan, di penjara oleh polis, didakwa di mahkamah," katanya menerusi perkongsian di blognya www.chedet.com.

Jelasnya, lagi segala yang dilakukan Najib adalah harapan agar pengundi tak dapat undi gabungan parti lawan.

"Harapan Najib BN tak kalah.Tetapi BN tetap kalah," dakwanya.

Kata Mahathir lagi, kini rakyat mahu Kerajaan baru.

"Buatlah apa pun. Majoriti rakyat sudah pun putuskan. Najib akan disingkir. Derita mereka hanya dapat ditamatkan dengan memilih Pakatan Harapan," katanya.

Justeru tegasnya, Najib perlu takut akan dosa kerana dosanya  akan membawa kekalahan di dunia.

"Itulah nasib yang menunggu kamu.Ya. Kamu patut takut. Bagi yang membuat dosa ada balasan lagi di akhirat," katanya lagi.