KUALA LUMPUR - Generasi muda pada masa kini percaya dan yakin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi masa depan yang lebih baik sekiranya mandat diberi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Rata-rata golongan muda berpendapat kepercayaan itu bagaimanapun haruslah diterjemahkan menerusi pendekatan baru yang bersifat intelektual selain prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi golongan itu.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Ahmad Fahmi Samsudin berkata pendekatan terhadap golongan muda khususnya pelajar haruslah bersifat berterusan.
"Memang lebih majoriti pengundi akan datang daripada golongan muda, tetapi sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan perkara yang bersifat asasi seperti pendidikan, infrastruktur dan peluang pekerjaan," katanya kepada Bernama hari ini ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam mengenai aspirasi orang muda di negara ini.
Semalam, Najib menjawab soalan seorang peserta dalam sesi sembang secara langsung melalui laman web New Straits Times (NST), 'NSTLive' mengenai jaminan beliau kepada generasi muda jika mereka mengundi BN pada pilihanraya akan datang.
Ahmad Fahmi berkata pendekatan juga perlu diubah selaras dengan aliran masa kerana orang muda pada masa kini sudah tidak mudah terpengaruh dengan laporan media dan juga tidak senang digula-gulakan dengan perkara yang mempunyai elemen materialistik.
"Belia pada hari ini tidak lagi terikat dengan pengisian yang melekakan, belia lebih suka melihat wacana yang lebih terbuka yang melibatkan polisi dan membina pemikiran.
"Jadi bagaimana kerajaan membentuk orang muda untuk kempimpinan akan datang, pelajar lihat sekiranya kerajaan mengambil pandangan dan prihatin terhadap kebajikan mereka, maka mereka akan turut bersama kerajaan membangunkan negara," katanya.
Beliau berkata parti politik sedaya upaya cuba mendekati golongan mahasiswa agar menyokong parti tersebut, justeru parti yang dominan dan boleh memenuhi permintaan merekalah menjadi parti pilihan.
Presiden Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia K. Murali berkata golongan belia mahu kerajaan melihat isu-isu yang mempunyai kepentingan bagi mereka seperti kebajikan, sosial, pembangunan modal insan dan keusahawanan.
"Persepsi belia semakin positif terhadap kerajaan dengan syarat kerajaan lihat balik pada belia dan selesaikan masalah yang dihadapi mereka, peluang harus banyak diberi kepada golongan ini seperti peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran dan peluang perniagaan," katanya.
Beliau yang turut yakin dengan kepimpinan Najib berkata projek dan dasar kerajaan dari aspek Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada masa kini memang banyak memberi fokus kepada pembangunan generasi muda.
"Banyak isu yang sudah selesai, sambutan Hari Belia baru-baru ini menunjukkan bahawa sokongan belia terhadap kerajaan semakin meningkat," katanya.
Presiden Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Global Relief, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi pula berkata jaminan yang dibuat perdana menteri itu merupakan menggambarkan beliau memandang ke hadapan memastikan generasi muda mempunyai harapan dan kualiti hidup yang lebih baik.
"Contohya, fokus jelas terhadap pembangunan mapan dan lestari untuk jangka masa panjang melalui ETP amat dihargai, tambah lagi apabila ia disasar tanpa alih-pandang dari keperluan semasa," katanya. - Bernama
Generasi muda yakin Najib boleh beri masa depan cerah untuk mereka
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Pas Selangor: Tony Pua lupa keputusan yang dibincangkan
- Isa dedah dua faktor Anwar anjur Himpunan 505
- Exco Selangor : Pas dapat 4 tempat, guna formula 4:3:3
- Pas tidak sokong kekerasan, pilih demokrasi
- Kamilia tampil mohon maaf
- Isu Exco Selangor: DAP akan bincang semula
- Mufti : Islam halang guna kekerasan guling kerajaan
- Tengku Paduka Ibrahim sertai Pas
- Pembangkang perlu akur, undi popular bukan penentu bentuk kerajaan
- Pas tolak kekerasan
- Blackout 505: Anwar terus salahkan SPR
- Anwar dakwa akan serah bukti penipuan PRU kepada Obama
- Ibrahim mahu Nik Aziz berdiam diri, cabar bubar Pas
- Mustafa bidas cadang Karpal mahu mansuh Dewan Negara
- Rakyat sudah buat pilihan
- Tunku Aziz : Nekad terus dedahkan 'rahsia' DAP
- Hamidah mohon maaf
- Angkat sumpah exco : Pakatan Perak nafi timbul isu boikot
- PR ramal BN bakal berpecah
- Khaled bidas kenyataan Koo Ham




