SHAH ALAM - Pengundi tidak kira kaum Melayu, Cina, India, mahupun bangsa lain perlu mempertimbangkan sebaiknya sebelum mengundi pembangkang untuk PRU akan datang.

Exco Wanita Umno, Datuk Jamelah Abu Bakar berkata, masyarakat perlu mempertimbangkan kesan yang mungkin berlaku ke atas anak cucu jika negara dikuasai pembangkang.

"Saya minta para pengundi fikir dua kali sebelum mengundi pembangkang kerana selama ini pun BN juga yang ambil kira kepentingan pelbagai kaum di negara ini.

"Pembangkang masih baru lagi dalam urusan pentadbiran negara, mereka masih bergelut dan dibelenggu masalah air, sampah, jalan raya, banjir dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pakatan Harapan adalah pakatan yang tiada harapan]

Jamelah dalam masa sama turut meminta rakyat untuk tidak menggadaikan kemajuan dan keamanan negara dengan memberi sokongan kepada pembangkang.

"Perdana Menteri kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah bangunkan negara setaraf dengan negara maju seperti Taiwan, Amerika Syarikat, Jepun dan lain-lain.

"Jangan gadaikan apa yang kita ada sekarang ke tangan pihak yang belum tentu hala tujunya," katanya lagi.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kerjasama pembangkang bersama Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan Parti Generasi Baru membuktikan kekontangan inisiatif dalam merangka pelan serta dasar masa depan yang jelas kepada masyarakat India.
  • SHAH ALAM - Pembangkang dinasihatkan supaya tidak berlagak hero dalam isu tanah Felda di Jalan Semarak kerana audit forensik sedang dijalankan dan sedang membatalkan surat kuasa (PA).
  • ARAU - Pemimpin pembangkang hanya tahu menyerang peribadi individu dan memikirkan kepentingan sendiri berbanding membela rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
  • PASIR SALAK - Rakyat Perak dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan dakwaan kononnya negeri itu akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14.