SHAH ALAM - Pemilihan untuk jawatan Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri menyaksikan pertandingan dua penjuru dalam Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Bahagian Shah Alam yang berlangsung hari ini.

Bagi pemilihan Ketua Puteri menyaksikan pertandingan di antara Noor Salbiah Puteh dan Nisahaidilah Shamsudin.

Norsyafiqah Mohd Shah Ridduan dan Nurul Hazwani Nasulrudin pula merupakan dua calon yang bertanding merebut jawatan Naib Ketua Puteri.

Mesyuarat pemilihan perwakilan berkenaan baharu bermula sebentar tadi dirasmikan oleh penyandang Ketua Umno Shah Alam, Datuk Azhari Shaari.

Hadir sama, Naib Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Nor Hisham Ses serta penyandang Ketua Puteri Umno Bahagian Shah Alam, Nurulhusna Yem.

Para perwakilan dijangka akan mengundi bagi memilih calon untuk kedua-dua jawatan berkenaan sejurus selesai majlis perasmian mesyuarat pemilihan, sebentar lagi.