KULIM - DAP dicabar menyuarakan hak demokrasi untuk menjadi Perdana Menteri jika pembangkang berjaya memenangi PRU14 memandangkan mereka akan memiliki majoriti kerusi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata  pembangkang perlu mengamalkan konsep demokrasi seperti BN untuk memilih pemerintah jika menang pilihan raya.

Menurutnya, dalam kalangan pembangkang DAP mempunyai kerusi majoriti iaitu 38, manakala PKR hanya 26 kerusi, Parti Amanah Negara (Amanah)  tujuh kerusi dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) hanya satu sahaja jadi mereka layak menyuarakan hak untuk menjadi pemerintah.

"Sebagai pengamal demokrasi BN memilih Umno sebagai pemerintah apabila menang majoriti 88 kerusi, pihak pembangkang pun macam itu, siapa yang majoriti dialah akan lantik Perdana Menteri.

"Sekarang DAP adalah majoriti, jangan takut...saya minta DAP jangan takut untuk menceritakan dalam demokrasi parti yang majoriti akan memerintah, kalau sekiranya pembangkang menang pun DAP yang banyak kerusi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu, di sini, hari ini.

Menteri DiJabatan Perdana Menteri itu berkata, bagaimanapun mustahil untuk pembangkang menang pada PRU kali ini kerana untuk membentuk kerajaan, ia memerlukan 112 kerusi.

"Tapi tak mungkin mereka boleh menang kalau sekarang kerusi DAP ada 36, mereka nak menang berapa kerusi..habis banyak adalah empat atau lima kerusi itu sajalah boleh menang.

"Kalau nak bentuk kerajaan mereka perlukan 112 kerusi dan sudah pasti parti lain dalam pembangkang juga ada penurunan kerusi, dan apabila mereka menurun parti yang akan mengusai keadaan adalah Umno-BN," katanya.

Selain itu, Shahidan menegaskan hanya Umno mampu memberi keadilan kepada penduduk di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Bumiputera, Cina dan India.

"Kita kena lihat kedudukan kaum ini untuk masuk politik kerana kita ada 69 peratus Bumiputera, 22.5 peratus Cina, tujuh peratus India serta tujuh peratus lagi kaum pribumi Sabah dan Sarawak, kalau tidak kita akan bergaduh.

"Hanya BN boleh lakukannya dengan adil apabila ada perkongsian kuasa yang luar biasa. Contohnya MCA ada tujuh kerusi tapi mereka ada jawatan dalam kabinet enam iaitu tiga menteri dan tiga timbalan. MIC pula ada tiga kerusi tapi empat jawatan dipegang mereka dalam negara.

"Ini menunjukkan walaupun Umno menang majoriti tapi tetap mengamalkan konsep kongsi kuasa, walaupun mereka kalah tapi Umno tolong," katanya.

Beliau berkata, pada PRU kali ini  kaum lain perlu menolong Umno untuk memastikan kemenangan terus dipertahankan bagi menjaga masa depan kaum dan masyarakat di negara ini.

"Sekarang ini kaum lain kena tolong Umno sebab apa, ini untuk masa depan mereka bukan untuk masa depan Umno semata, tapi untuk masa depan rakyat Malaysia," katanya

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Semua ahli DAP diminta menghadiri pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang akan diadakan 12 November ini bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan dalam kalangan mereka.
  • IPOH - DAP menyasarkan untuk membantu menyelesaikan masalah 2,000 pengundi dengan menganjurkan Kempen Semakan Daftar Pemilih serentak di 19 lokasi seluruh negeri Perak, hari ini.
  • PUTRAJAYA - Dua anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana tidak berpuas hati pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dijadualkan pada 12 November ini melalui kongres khas dan bukan kongres kebangsaan.
  • KUALA LUMPUR - Pas banyak keluarkan kenyataan (politik) sesat yang ditujukan kepada kebanyakan parti politik pembangkang.
  • KUALA LUMPUR - DAP akan mengadakan pemilihan semula jawatan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 12 November depan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.