SHAH ALAM - DAP mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin terdesak  memenangi hati rakyat, apabila dilihat kerap menyindir ahli dan parti pembangkang sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, tindakan Najib itu amat lucu kerana membuat perbandingan skandal melibatkan parti pembangkang, sedangkan beliau sendiri juga terpalit dengan beberapa skandal.

“Memetik tulisan di dalam blog beliau mengatakan, yang lucunya baru-baru ini sudah mula terbongkar di negeri-negeri mereka tentang skandal banglo, harga terowong, pintu gerbang dan lebuh raya yang dibina berlipat ganda lebih tinggi daripada sepatutnya. Ke mana hilangnya wang ini? Apakah skandal kewangan mereka ini tujuan untuk membina MRT dengan lebih murah?

“Ini amat jelas, Najib seorang pemimpin paling ‘shameless’ seluruh dunia. Beliau berani membandingkan fitnah terhadap kes pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan skandal peribadi dan keluarga beliau yang berkaitan 1MDB dan SRC International,” ujarnya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, Najib tidak sepatutnya membandingkan skandal rumah Guan Eng dengan skandal peribadinya kerana skandal rumah itu tercetus hasil tohmahan pemimpin BN, selain Guan Eng sudah beberapa kali menafikan dakwaan itu.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP mempersoalkan peruntukan RM2 bilion daripada kerajaan Persekutuan untuk Projek-Projek Tebatan Banjir di negeri ini adalah berniat jahat dan bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
  • KOTA BHARU - DAP dikatakan sedang mengintai untuk bertanding di Dun Kelantan pada PRU14 nanti.
  • PUTRAJAYA - Tiga anggota DAP hari ini menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti itu mempamerkan senarai nama yang layak mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
  • BUTTERWORTH - Parti DAP terus dituntut untuk membuat pengumuman dengan melampirkan senarai penuh nama-nama perwakilan berserta nombor kad pengenalan mereka yang layak mengundi dalam pemilihan parti itu pada 2012 di dalam akhbar pelbagai bahasa.
  • KOTA BHARU - DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan, kata Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.