KEMAMAN - Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya akan mengumumkan senarai calon untuk kerusi Dun dan Parlimen di negeri ini selepas mendapat 'lampu hijau' daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau akan mengumumkan senarai calon BN selepas mendapat keizinan daripada Perdana Menteri.

Ditanya mengenai manifesto BN Terengganu Ahmad berkata manifesto tambahan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu bakal mengandungi pelbagai program dan projek untuk kepentingan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

"Manifesto berkenaan adalah tambahan kepada manifesto BN pusat yang dibuat berdasarkan keupayaan kewangan kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang pastinya akan ditepati.

"Kita akan lancarkan manifesto BN Terengganu apabila tiba masanya kelak kerana akan terdapat beberapa tambahan supaya ia selari dengan manifesto pusat yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur malam ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bangunan Pondok Polis, di Padang Kubu, Kemaman di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya Ahmad mengucapkan tahniah kepada Polis Kontinjen Terengganu kerana kadar indeks jenayah di negeri itu berada di tahap kedua terendah dalam negara selepas Perlis.

"Melalui komitmen dan kerja keras oleh pegawai dan anggota polis, kejayaan ini dapat dicapai dan ia perlu dikekalkan supaya Terengganu terus menjamin keselamatannya untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terus memberi sumbangan kepada Tabung Lahad Datu kerana ia penting bagi menaikkan semangat anggota keluarga perwira yang terkorban dalam insiden pencerobohan itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah tiba masanya bagi pengundi di Permatang Pauh membuat perubahan dengan memilih BN pada PRU akan datang.
  • ALOR SETAR - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih berani berdepan dengan audien untuk menjawab soalan ‘panas’, selain bersedia mengambil risiko berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak muncul di pentas Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, kelmarin.
  • SHAH ALAM - Program Nothing To Hide 2.0 untuk mempertemukan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan.
  • JELI - Kerajaan Pusat tidak pernah menghukum rakyat Kelantan hanya semata-mata kerana tidak menyokong BN.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan didakwa gagal menunaikan janji untuk membina satu juta rumah mampu milik sebagaimana dinyatakan dalam manifesto PRU13.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.