KUALA LUMPUR - Pemuda Umno Bahagian Rompin mencadangkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan presiden Umno bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, beliau juga menyarankan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti kali ini.

"Atas semangat kekeluargaan, Pemuda juga berpendapat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein harus dikekalkan jawatannya sebagai naib presiden paling kanan," katanya sebagai pencadang kepada ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2017, hari ini.

Cadangannya itu disahut Ketua Umno Bahagian Teluk Intan, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

"Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan seorang panglima tentera untuk mengetuai jentera perang dalam persiapan kita menghadapi PRU14," katanya sebagai penyokong ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2017, hari ini.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Bekas Pemuda Umno merupakan aset penting kepada parti kerana sumbangan dan peranan mereka sememangnya amat besar bagi memastikan parti itu terus relevan sehingga kini.
  • KUALA LUMPUR - Umno meletakkan sasaran untuk menang besar dalam PRU14.
  • KUALA LUMPUR - "Umno Selangor perlu memberikan fokus kepada usaha untuk memenangi semula negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum memikirkan tentang calon menteri besar," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • KUALA LUMPUR - Umno tetap menjadi benteng terakhir mempertahankan Islam dan Melayu di negara ini walaupun dihimpit dan diuji dengan persepsi kebencian dan negatif oleh sesetengah masyarakat umum, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.