SHAH ALAM - “Dana yang masuk untuk PKR tidak ada dari sumber yang haram,” demikian kata Naib Ketua AMK Malaysia, Mohd Radzlan Jalaludin.

Radzlan berkata demikian dalam wancana Sinar Harian Siri 45 bertajuk Perjuangan atau Populariti yang berlangsung di Auditorium Kompleks Media Karangkraf, hari ini.

Menurutnya, kami mendapatkan dana melalui pemotongan gaji ahli parlimen dan Adun.

“Daripada sumber yang haram itu tiada. InsyaAllah semua dari sumber yang halal,” katanya selepas menjawab soalan dari audien yang bertanyakan daripada mana datangnya dana PKR yang sekarang memerintah Selangor.

Dakwaan mengatakan parti itu menggunakan premis pusta judi di Selangor sebagai sumber dana ditempelak.

Katanya, populariti perjuangan dana parti kita adalah melalui sumber yang mematuhi undang-undang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang sering mencetuskan kontroversi tidak memberi kesan kepada kerajaan negeri Selangor.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.