KUALA LUMPUR - Pertembungan tiga penjuru yang bakal berlaku dalam PRU14 ini bukan dimulakan oleh Pas memandangkan terdapat parti-parti lain yang mengisytiharkan untuk bertanding di beberapa kerusi asal parti Islam itu.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pada asasnya, semua pihak boleh bersetuju untuk pertembungan satu lawan satu namun realiti politik mutakhir kini dilihat sukar untuk menggelak perkara berkenaan.

“Sebagai contoh di Temerloh, kerusi Dun Semantan dimenangi oleh Pas sejak bertanding dahulu lagi dan saingannya hanyalah Umno-BN. Apabila Pas menang dan calon ini pula masuk Parti Amanah Negara (Amanah), sudah pastinya ia kawasan kita dan kami akan kekal bertanding untuk melawan BN.

“Tapi malangnya mereka pun nak bertanding di sana dengan meletakkan calon Amanah dan dari situ kita nampak wujud tiga penjuru bukannya dari Pas kerana sejak tradisi kita bertanding menentang BN di sana,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Nasrudin berkata, memandangkan Pas kini tidak lagi mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan, parti Islam itu berhak untuk bertanding di semua kerusi asal mereka sebelum ini termasuk Parlimen Permatang Pauh.

Bagi pembahagian kerusi di seluruh negara, Nasrudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh memaklumkan bahawa perkara itu masih belum dimuktamadkan dan prosesnya akan selesai tidak lama lagi.

“Secara umumnya, kalau kita tak ada hubungan dengan parti lain, maka kita tidak terikat dengan mana-mana kerusi.

“Pas bukan masuk secara membuta tuli, (kerana) kita ada asas, kajian, dan sebagainya. Bukan main letak (calon) saja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Memali, Nasrudin berkata, Pas konsisten dengan penubuhan badan siasatan itu bagi memastikan keadilan dapat diberikan kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata, Pas akan memberi kerjasama penuh dan saksi-saksi yang hidup perlu dipanggil untuk memberi kenyataan mengenai insiden pada tahun 1985 itu.

“Dahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah minta masa satu jam kepada stesen-stesen penyiaran untuk menjelaskan maksud sebenar amanat beliau dan kami tak gentar untuk terus desak penubuhan RCI ini,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu berpeluang bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 kerana kini tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera.
  • SHAH ALAM - Pas mutakhir ini menjadi sasaran serangan bertali arus oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantunkan ratapan, simpati dan rajuk politiknya bagi meraih sokongan.
  • MARANG - Pemuda Pas menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mahu berubah malah kini sanggup menjadi pelindung kepada DAP.
  • SHAH ALAM - Asas kenyataan Pas bahawa undi Pakatan Harapan bererti memberi undi kepada DAP, dibuktikan sendiri oleh Amanah, Bersatu dan PKR.
  • KOTA BHARU - DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan, kata Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.