• Tengku Adnan Tengku Mansor Tengku Adnan Tengku Mansor
1 /

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) telah selesai melakukan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tanpa sebarang masalah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembahagian kerusi itu dilaksanakan dengan bermuzakarah bersama parti komponen BN lain.

“Pembahagian kerusi sudah selesai dan ia adalah rahsia parti. BN adalah parti yang sentiasa melakukan perbincangan.

“Tidak ada kekecohan ketika melakukan pembahagian kerusi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembahagian kerusi melibatkan parti Umno, MIC, MCA yang terdapat dalam BN.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, pembahagian kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 akan terjawab apabila selesai konvensyen Pakatan Rakyat di Selangor, pada 25 Februari ini.