JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tebrau Datuk Maulizan Bujang hari ini yakin para pengundi di kawasan berkenaan membuat pilihan tepat dengan memilih calon yang ditampilkan komponen berkenaan pada pilihan raya umum ke-13.

Maulizan yang akan mengetuai jentera pilihan raya Parlimen Tebrau berkata ini kerana calon yang ditampilkan BN benar-benar berkebolehan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat berbanding calon pakatan pembangkang yang disifatkan sebagai 'payung terjun'.

"Kita (BN Tebrau) sudah sekian lama bekerja...sudah bertahun-tahun. Jadi, berdasarkan maklum balas pengundi, kita yakin mereka memilih calon BN. Tidak macam calon yang diumumkan pembangkang, dia pun tiba-tiba masuk ke sini (Tebrau) dan pengundi pun tidak kenal dia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Panji, Jentera Bermotor Pemuda dan Jentera IT Puteri BN Tebrau, di sini hari ini.

Maulizan berkata seluruh jentera BN Tebrau begitu bersemangat untuk 'berperang' malah anggota Pemuda dan Puteri berjanji untuk berjuang habis-habisan bagi menawan kira-kira 40,000 pengundi muda di kawasan itu.

Beliau berkata pembangkang juga tidak berjaya untuk meracuni fikiran pengundi di kawasan itu kerana pengundi di kawasan berkenaan bijak menilai pelbagai pembangunan yang dilakukan kerajaan ketika ini.

"Pembangkang juga semakin ketandusan isu untuk menghancurkan kita kerana kita sudah berjaya menyelesaikan pelbagai isu tertunggak. Isu yang mereka bawakan kini adalah isu di peringkat nasional yang saya lihat ia tidak lagi relevan pada masa kini," katanya.

Parlimen Tebrau mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Dun Tiram yang disandang Maulizan dan DUN Puteri Wangsa yang disandang Datuk Abdul Halim Suleiman.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini mengumumkan Timbalan Setiausaha Agungnya Steven Choong untuk bertanding di kerusi Parlimen Tebrau.

Pada pilihan raya umum lepas BN diwakili Datuk Teng Boon Soon yang menang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 14,851 menewaskan calon Pas, Roslani Shariff. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggariskan lima faktor yang menyumbang kepada perubahan trend sokongan pengundi muda yang dilihati semakin menyebelahi Barisan Nasional (BN).
  • TEMERLOH - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed berjumpa dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) tidak akan menjejaskan sokongan kaum India terhadap BN.
  • TASEK GELUGOR - BN Pulau Pinang perlu keluar dari zon selesa dan menjadi pembangkang yang kuat di Pulau Pinang bagi memastikan rakyat negeri ini kembali kepada BN, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • SHAH ALAM - Parti Amanah mengutuk insiden provokasi dan kekecohan petang semalam dalam program Nothing To Hide 2.0 yang menampilkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • GURUN - Semua ahli Umno dan BN perlu fokus dan sentiasa bersedia dalam menghadapi serangan pihak tertentu terutama pembangkang pada PRU14 kerana musuh akan menyerang dari pelbagai sudut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.