• PRU13 PRU13
1 /

TAWAU - Barisan Nasional (BN) berhak diberi mandat baharu pada pilihan raya umum ini kerana telah membuktikan keupayaan membangunkan negara.
   
Sambil menggesa rakyat di Sabah tidak teragak-agak menyokong BN pada hari pengundian 5 Mei, calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat berkata calon yang dipilih BN adalah mereka yang berintegriti serta akan memastikan Sabah terus membangun dan sejahtera.   
   
"Saya menyeru rakyat di kawasan ini, berilah mandat kepada calon-calon BN dalam pilihan  raya kali ini kerana mereka lebih memahami denyut masalah dan kebajikan penduduk.
   
"Kerajaan BN sentiasa berusaha menaik taraf hidup rakyat dengan pelbagai projek pembangunan  termasuk bantuan kebajikan, namun semua itu tidak dapat dicapai sekiranya penduduk tidak memberi sokongan padu," katanya dalam kenyataan hari ini.
   
Katanya rakyat perlu menggunakan kematangan menilai dan memilih pemimpin agar masa depan mereka tidak tergadai.  - Bernama