BAGAN SERAI - Pesuruhjaya Pas Perak menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen Bagan Serai pada PRU14.

Razman Zakaria berkata, sehingga kini, kehadiran pihaknya di kawasan Parlimen itu adalah untuk membantu jentera pilihanraya Pas dalam memenangkan parti.

"Dalam soal bertanding, kita hanya buat kerja untuk Pas, yang hendak menentukan siapa bakal jadi calon adalah Jawatankuasa Pas Pusat.

"Sekiranya diputuskan parti (untuk menjadi calon), di mana kerusi diberikan akan kita turuti," katanya mengulas khabar angin mengatakan beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai mewakili Pas pada PRU14.

Beliau ditemui ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Perak di Dewan Dato' Zainal Abidin, di sini semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Jika benar mahu menumbangkan Pas, Datuk Husam Musa tidak perlu mencalonkan orang lain untuk bertanding di kerusi Dun Panchor, yang kini digalas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
  • AMPANG - Seramai 547 ahli Umno dan Pas telah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti tersebut dan menyertai Bersatu Bahagian Ampang.
  • KUALA TERENGGANU - Beberapa wakil rakyat khususnya dari BN dan Pas yang tidak sehaluan dengan parti masing-masing dijangka akan menyertai Pakatan Harapan menjelang PRU14.
  • SHAH ALAM - Pas menyifatkan wujud sesetengah pihak yang pada dasarnya sebagai musuh politik dan aliran pemikiran tetapi sanggup bersatu demi menyerang Islam dan umatnya.
  • KOTA BHARU - Pas secara sinis menjelaskan tindakan Adun Anak Bukit, Amiruddin Hamzah yang bertindak keluar parti dilihat lebih 'jantan' berbanding dengan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.