KUALA LUMPUR - Parti Bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan 2018 pada 16 Disember depan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, ia akan bermula dengan persidangan cawangan dari 1 hingga 15 Sept diikuti persidangan bahagian dari 30 September hingga 14 Oktober.

"Garis masa dan panduan persidangan hendaklah dirujuk kepada Pekeliling SUA Bil 2/2018 yang sudah diedarkan kepada semua Ketua Badan Pimpinan Negeri untuk edaran dan makluman di semua peringkat," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Lokasi Persidangan Agung Tahunan Bersatu akan dimaklumkan kemudian, katanya.

Shahruddin berkata mesyuarat Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti pada 28 Mei lepas bersetuju dengan penubuhan cawangan, Sayap Srikandi Cawangan dan Sayap Pemuda Cawangan untuk semua 137 bahagian yang sudah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan bersesuaian dengan Fasal 13.8.3 dan Fasal 21.1 Perlembagaan. - Bernama