SHAH ALAM – Pas mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin disebabkan kezaliman yang dibuat terhadap rakyat.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik berkata, Pas berbuat demikian kerana parti itu didakwa tidak ada tempat untuk mengadu menyebabkan mereka berdoa dengan ALLAH.

Menurutnya, Pas berbuat demikian kerana kezaliman yang dihadapi oleh mereka antaranya royalti minyak rakyat Kelantan, kezaliman kepada parti itu yang merupakan parti pembangkang dan fitnah serta kebebasan media.

“Doa harus bagi yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding) dengan ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maszlee berkata, Pas seharusnya menggunakan perkataan yang baik dan berhikmah ketika berdoa.

“Cadangan saya untuk mengelakkan supaya didoakan keburukan, setiap pihak perlu diberikan peluang dan ruang demokrasi, kembalikan hak rakyat dan pihak terlibat,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, membayangkan PRU14, yang bakal berkunjung tiba dalam masa terdekat menjadi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk menolak Umno/BN kali ini.
  • SHAH ALAM - Pas menjangkakan rakyat akan dipaksa membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk petrol dan juga ubat-ubatan sekiranya BN terus memerintah negara ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.