TASEK GELUGOR - Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar isytihar akan bertanding calon Bebas untuk merebut kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada pilihan raya umum ini.

Beliau akan berdepan calon Barisan Nasional (BN), Shahbudin Yahya dan juga calon Pas, Datuk Seri Abdul Rahman Mydin yang juga seorang tokoh korporat terkenal.

Shariff membuat perisytiharan itu di hadapan kira-kira 2,000 penyokong yang berhimpun di pekarangan rumahnya di Pokok Machang, malam kelmarin.

Perhimpunan itu bertujuan menunjuk rasa kecewa dan simpati terhadap Shariff yang tidak dicalonkan oleh BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Shariff berkata, beliau buat keputusan untuk tidak bertanding pada PRU12 setelah diminta Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk beri laluan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang tamat perkhidmatan senator.

"Saya dijanjikan hanya untuk sementara, dan pada tahun ini, saya jangka akan dicalon semula, rupa-rupanya tidak," katanya.

Shariff berkata, beliau buat keputusan untuk bertanding atas tiket Bebas bukan kerana kepentingan diri atau tidak sayang Umno.

Tujuannya, kata Shariff, pastikan kerusi Parlimen Tasek Gelugor yang merupakan kubu BN, tidak jatuh ke tangan pembangkang.

"Saya mahu selamatkan pengundi di kawasan ini, juga selamatkan BN sendiri yang letak calon tidak disukai ramai," katanya.

Selain beliau, turut sama isytihar akan bertanding sebagai calon Bebas ialah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Mustaffa Idros yang akan menentang calon BN, Datuk Jahara Hamid di kerusi Dun Telok Ayer Tawar.

Sementara itu, Pengerusi Perkasa Tasek Gelugor, Azmi Alang pula akan mencabar Mohamad Yusof Mohd Noor yang dicalonkan BN di kerusi Dun Sungai Dua.

Turut  hadir, bekas Adun Sungai Dua yang tidak dicalon semula, Datuk Jasmin Mohamad dan AJK Umno Bahagian Tasek Gelugor, Dr Mohd Rozi Yusoff.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Status quo pembahagian kerusi bagi kawasan ditandingi parti komponen BN Kedah setakat ini kekal dan tiada perancangan untuk mengubah status quo yang diguna pakai PRU13 lalu.
  • KOTA BHARU - Pas Kelantan menyerahkan lima calon bagi setiap kerusi Dun dan Parlimen untuk dipertimbangkan Pas Pusat bagi menghadapi PRU14 nanti.
  • KOTA BHARU - Pas Kelantan mengesahkan tiada sebarang senarai calon rasmi dikeluarkan setakat hari ini, kata Setiausahanya, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.
  • PONTIAN - Pengumuman mengenai calon Ahli Parlimen Tanjung Piai dan calon Dun Pekan Nanas yang dibuat awal bertujuan bagi membolehkan persiapan PRU14 lebih teliti dilakukan jentera MCA.
  • SHAH ALAM - Sekiranya SPRM boleh mencadangkan mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, DAP sedia membenarkan calon-calonnya juga diteliti.