IPOH - Presiden Parti Bersatu Rakyat Malaysia (Bersatu), Tun Mahathir Mohammad menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan baru-baru ini sebagai bajet rasuah.

Mahathir berkata, bajet berkenaan berkenaan diwujudkan  semata-mata untuk meraih undi rakyat.

"Bajet kali ini bajet rasuah. Bajet kali ini mahu rakyat undi BN pada PRU nanti.

"Kita janji akan pulih semuka negara kita," katanya.

Mahathir berkata demikian menerusi siaran video sempena Ceramah Himpunan Rakyat di Dewan Serbaguna Buntong, sebentar tadi.

Hadir sama, Pengerusi Bersatu Negeri, Mohd Faizal Azumu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohammad Sabu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Timbalan Pengerusi Negeri), Penasihat DAP Negeri, Ngeh Koo Ham,  Nga Kor Ming (Pengerusi), V.Sivakumar (Naib Pengerusi) dan Adun Buntong, A.Sivasubraniam.