KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menyifatkan kesudian Azwan Ali menjadi wakil calon di kerusi Bukit Antarabangsa sebagai bukti kepimpinannya diterima ramai termasuk keluarga musuh politiknya.

Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau bersyukur dengan keputusan

adik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu.

"Alhamdulilah...terima kasih, hasrat saya untuk jadikan diva (Azwan) sebagai wakil calon saya untuk saya bertanding di kerusi Bukit Antarabangsa akhirnya jadi kenyataan.

"Ini selepas beliau bersetuju dan beliau tunjukkan harapan supaya Bukit Antarabangsa dapat ditawan dengan kalahkan Azmin Ali," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Jamal berkata, beliau mengharapkan Azmin tidak 'lari kemana-mana' selepas ini.

"Azmin jangan lari dari Bukit Antarabangsa," katanya.

Azwan semalam membuat kejutan apabila menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2017 di PWTC.

Kehadiran beliau bersama Jamal ternyata menarik perhatian  media.

Mengulas mengenai kehadirannya itu, Azwan berkata, kemunculannya di PAU adalah semata-mata untuk mendedahkan 'sesuatu yang besar' berkaitan Azmin.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Selebriti popular tanah air, Azwan Ali mengaku dirinya merupakan penyokong tegar Umno selama ini.
  • SHAH ALAM - Adik mana yang tidak mahu melihat kejayaan abangnya. Begitu jugalah personaliti Azwan Ali yang tidak pernah lupa untuk mendoakan kejayaan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, lebih-lebih lagi dalam pilihan raya.
  • SHAH ALAM - Pentadbiran cemerlang Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi penanda aras bahawa Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa itu mampu menggalas kepimpinan negara.
  • KLANG - Menteri Besar Selangor memanjatkan doa agar ALLAH SWT memberi hidayah dan membuka pintu hati adiknya, Azwan Ali agar terus menyayangi beliau dan adik-beradik yang lain.