KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan PKR untuk meneruskan perbincangan berhubung isu tiga exco Pas yang masih berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

Anwar berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan meneruskan perbincangan sebelum membuat keputusan muktamad mengenai perkara berkenaan.

“Kita masih berbincang dan saya telah meminta Mohamed Azmin untuk meneliti perkara itu pada pertemuan yang  diadakan petang ini,” katanya kepada pemberita di mahkamah, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan tiga exco Selangor.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas kekal keputusan, tiga exco tidak letak jawatan]

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas mengekalkan keputusan untuk tiga exco berkenaan tidak meletak jawatan agar tidak mengganggu perjalanan pentadbiran Kerajaan Selangor.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.