SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan had umur daftar pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, ia bagi menggalakkan pengundi, terutamanya di kalangan anak muda, untuk keluar mengundi.

Beliau berkata, bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda keluar mengundi, AMK mencadangkan agar SPR melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila mereka mencecah umur layak mengundi.

“SPR juga boleh mempercepatkan pewartaan daftar pemilih dan memperkenalkan polisi mewajibkan tanggungjawab mengundi seperti dilaksanakan di Belgium dan Australia,” ujarnya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya, dalam usaha menarik golongan muda mengundi, SPR digesa mempromosikan pendidikan politik secara meluas tentang kepentingan mengundi, dan penglibatan dalam proses demokrasi.

“Kami juga mencadangkan tarikh hari mengundi dilaksanakan pada hari cuti atau hujung minggu bagi melancarkan perjalanan PRU14,” katanya.

AMK turut menyokong gesaan Gabungan NGO, Bersih Shanghai, agar tarikh pilihan raya diumum dua bulan lebih awal bagi memudahkan pengundi atur jadual perjalanan pulang bagi laksana tanggungjawab mereka.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - "PKR sebenarnya yang khianat rakyat Selangor menerusi pelaksanaan Langkah Kajang,"demikian reaksi Ketua Penerangan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar.
  • PETALING JAYA - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan sudah tiba masanya anak muda di negara ini bertindak menukar kepimpinan di Putrajaya.
  • SHAH ALAM - Tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri Selangor disifatkan hanya mahu ‘bikin panas’.
  • SHAH ALAM - AMK mendakwa terdapat ahli di akar umbi Pas yang bingung dengan pendirian kepimpinan tertinggi parti Islam itu.