AMPANG - Amanah tekad tidak akan mengulangi kegagalan parti-parti politik Islam dalam mendepani realiti dan cabaran di negara ini.

Sebaliknya kata Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim, ia menjadi pembakar semangat dan pemangkin kepada partinya untuk terus mereformasikan negara.

"Kami ingin membuktikan kegagalan yang berlaku sebelum ini tidak ada kaitan dengan Islam.

"Sebaliknya kita berpandangan nilai-nilai mulia yang komprehensif dan progresif di dalam Islam mampu menjadi asas serta tapak yang kukuh untuk membawa parti ke tahap cemerlang," katanya ketika ditemui di Konvensyen Amanah Negeri Selangor di sini, hari ini.

Genap dua tahun usia kelahiran Amanah, Izham berkata, Amanah akan terus dewasa dan matang dengan didikan serta bimbingan pimpinan berpengalaman dalam parti.

"Kami yakin, dengan pendekatan inklusif dan progresif, kami mampu melonjakkan parti ke landasan yang betul dan kukuh.

"Kami akan membuat reformasi kepada segala inisiatif, strategi dan hala tuju parti, sekaligus membuktikan kegagalan parti politik Islam sebelum ini bukan disebabkan oleh agama," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pas tidak berhak menghalang mana-mana parti politik meletakkan calon mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.