SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu meminta semua pihak dalam parti untuk bekerja keras demi melebarkan rahmat Islam ke seluruh masyarakat di negara ini.

Menurutnya, untuk memastikan konsep Islam diterapkan ke dalam pemerintahan dan gaya hidup rakyat, beliau memerlukan seluruh  jentera dan ahli Amanah untuk bersama-sama membantu parti dalam merealisasikan hasrat itu.

"(Parti) Amanah ni bukan parti Bang Mat seorang. Bukan parti G18.  Amanah tertubuh setelah puluhan ribu terlibat dalam proses memuktamadkan keputusan untuk penubuhannya.

"Ketika Pas mula terperosok jauh dengan budaya takfiri. Ketika Pas menampilkan imej tidak boleh berkompromi dengan orang lain. Maka tampil parti Amanah dengan konsep rahmatan lil 'alamin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, keputusan pihaknya untuk keluar daripada Pas dan menubuhkan Amanah nyata bukan satu kesilapan.

"Kini Amanah tampil sebagai wadah perjuangan yang subur untuk mereka yang mendokong perjuangan keadilan dan kesyumulan Islam.

"Bang mat bersyukur, sekarang ni bila pi (pergi) mana-mana pun orang dah mula boleh menerima mengapa Amanah ditubuhkan hampir dua tahun lepas. Sekarang apa? Masa untuk bekerja. Buktikan Islam adalah rahmat untuk semua!," tegasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • RANTAU PANJANG - Walaupun pembahagian kerusi masih menjadi perbualan hangat namun Amanah yakin tiada sikap 'cah keting' membabitkan parti komponan Pakatan Harapan (Harapan).
  • KEPALA BATAS - Amanah yakin dapat melakar kejutan di Kepala Batas pada PRU14 biarpun sedar bahawa parlimen ini merupakan kubu kuat Umno dan BN.
  • KUANTAN - Amanah Pahang akan meletakkan calon tempatan untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh pada PRU14,yang mana ianya telah diputuskan akan ditandingi oleh Amanah.
  • SHAH ALAM - Perselisihan berhubung rundingan agihan kerusi antara komponen Pakatan Harapan di Selangor harus ditangani dengan baik seberapa segera bagi mengelakkan wujudnya tanggapan negatif daripada rakyat.
  • SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengingatkan Pakatan Harapan (Harapan) agar sebarang perbincangan di antara parti-parti dalam pakatan itu dibuat secara musyawarah dan tertutup.