SHAH ALAM - Amanah menafikan telah mengumumkan senarai kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRU14.

Kenyataan itu dibuat apabila terdapat dakwaan bahawa Amanah bakal bertanding di kerusi Parlimen Marang serta Dun Rhu Rendang yang disandang oleh Presiden Pas pada PRU14 nanti.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, parti itu masih lagi berada dalam proses perbincangan sebelum memutuskan keputusan bertanding di mana-mana kerusi bersesuaian.

“Di peringkat parti, belum ada sebarang pengisytiharan mengenai mana-mana kerusi yang akan kami bertanding. Jadi, dari mana mereka dapat sumber berita itu,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa pengumuman Pakatan Harapan (Harapan) yang meletakkan Amanah bertanding di Marang dan Rhu Rendang sebagai pengisytiharan perang kepada parti itu.

Mengulas lanjut mengenainya Salahuddin berkata, Amanah mengambil pendekatan sentiasa menghormati semangat setia kawan dan persefahaman dalam Harapan tanpa membelakangkan gabungan itu dalam membuat sebarang keputusan.

“Di atas nama Pakatan Harapan, tidak ada satu kerusi pun yang kita isytiharkan lagi sekatan ini. “Saya sendiri tidak tahu dari mana mereka dapat sumber berita itu dan saya harap beliau (Tuan Ibrahim) perlu mengesahkan sama ada sumber itu sahih atau tidak kerana belum ada lagi mengisytiharkan mengenai kerusi-kerusi yang kita akan bertanding,” katanya.

Bagaimanapun Salahuddin berkata, Amanah tidak akan menolak sekiranya diberikan tanggungjawab seperti didakwa.

“Itu terpulang nanti dan itu pun atas nama demokrasi kita bertandinglah. Sama ada nak isytihar perang atau tidak, ia tidak menjadi masalah kerana itulah adat bertanding,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GERIK - Semua BN negeri disaran mengkaji penggunaan aplikasi khas yang dicipta BN Perak untuk merekodkan bilangan pemilih yang keluar mengundi pada PRU14.
  • SEREMBAN - Wanita Pakatan Harapan berharap sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita dapat diketengahkan kepimpinan tertinggi pakatan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
  • KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (Harapan) hari ini melancarkan pek Do-It- Yourself (DIY) iaitu satu aplikasi kempen pilihan raya.
  • PASIR MAS - PRU14 boleh disifatkan sebagai perjuangan DAP menentang BN memandang parti cauvinis Cina itu dilihat lebih mendominasi Pakatan Harapan.
  • MARANG - Pas Terengganu mengulangi pendirian parti itu untuk bertanding di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi di Dun negeri Terengganu pada PRU14 tidak lama lagi.