BALING - Amanah Baling menafikan parti itu kini sedang berdepan konflik dalaman dengan berlakunya perebutan kuasa.

Ketua Biro Komunikasi Amanah Baling, Ismai Awang Besar berkata, tiada sebarang perebutan kuasa yang timbul dalam parti itu.

"Saya Ketua Biro Komunikasi Amanah Baling menafi sekeras kerasnya ada perebutan jawatan  dalam Amanah Baling.

"Saya terlibat secara lansung setiap kali mesyuarat Ahli Jawatankuasa kawasan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Amanah Baling bergolak, krisis berebut jawatan

Salah seorang yang pernah menganggotai parti, Rosli Hassan dalam laporan Sinar Harian hari ini mengakui berlaku perebutan kuasa hingga menyebabkan separuh daripada ahli parti, pimpinan termasuk ketua meletakkan jawatan.

Rosli dalam kenyataan terbaru berkata, ada dalam kalangan mereka berminat untuk berhijrah.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :