SEBARANG masalah mengenai pengagihan kerusi antara parti komponen perlu dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi BN.

Demikian dinyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa keputusan berkenaan diambil dalam mesyuarat majlis tertinggi BN yang diadakan pada Khamis lalu.

"Mesyuarat majlis tertinggi BN turut melarang semua pihak, termasuk di peringkat akar umbi agar masalah pengagihan atau pertukaran kerusi tidak dibincangkan melalui media tempatan," kata Tiong Lai seperti disiarkan dalam Oriental Daily.

Menurut Tiong Lai, pengagihan kerusi tidak boleh berdasarkan kepada jumlah sesuatu kaum kerana sejak dulu lagi tiada persetujuan dicapai antara parti-parti yang terbabit.

Ditanya apakah MCA akan sedia menuntut kembali kerusi yang telah dipinjam kepada parti komponen lain, jelas Tiong Lai, masalah ini perlu dibincangkan atas semangat BN.

"Sekiranya kedua-dua parti berhasrat tukar kerusi ataupun mempunyai strategik tertentu, masalah ini boleh diselesaikan dengan baik.

"Untuk PRU kali ini, MCA akan tanding 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi Dun. Pucuk pimpinan parti masih menunggu reaksi pengundi di setiap kawasan yang ingin ditandingi MCA. MCA mungkin akan mengemas kini kedudukan di saat-saat akhir," katanya yang juga ahli parlimen Bentong.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEMILIHAN Naib Presiden MCA, Datuk Dr Hou Kok Chung sebagai calon untuk Parlimen Tebrau pada PRU14, menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan akar umbi bahagian berkenaan.
  • PAKATAN pembangkang yakin memenangi semua 12 kerusi parlimen dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pada PRU akan datang.
  • KEMASUKAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin dalam Pakatan Harapan dilihat telah mengukuhkan pakatan pembangkang itu setelah ketiadaan Pas.
  • KUALA LUMPUR - Dalam Perhimpunan Agung MCA ke-64 yang berakhir Ahad lalu, semangat dan moral ahli-ahlinya amat tinggi. Ketika PRU semakin dekat, apakah situasi ini mampu mengembalikan sokongan pengundi kepada parti Cina ini?
  • PKR atau Bersatu akan mempunyai Ahli Parlimen terbanyak sekiranya Pakatan Harapan mampu membentuk kerajaan pada PRU akan datang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.