JOHOR BAHRU -  Adun Rengit, Ayub Jamil hari ini menafikan dakwaan dirinya akan melompat parti daripada Umno dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan laman sosial pembangkang itu berniat jahat.

“Kenyataan tersebut menyatakan bahawa Ketua Bahagian Bersatu Batu Pahat Mohd Zaid Mohd Yusof telah beberapa kali berjumpa dengan Adun berkenaan (saya) untuk mengadakan perbincangan.

“Semua perkara yang dinyatakan tersebut adalah fitnah, menggunakan pendekatan politik murahan. Saya tidak pernah sekalipun berjumpa, jauh sekali berbincang dengan pihak itu (pembangkang),” katanya.

Beliau berkata, keutamaannya kini adalah membantu rakyat sepertimana yang diamanahkan kepadanya oleh Umno.

Semalam, laman sosial pembangkang memuat naik kenyataan yang menyebut bahawa Ayub akan berhijrah ke Bersatu dan telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi merangka strategi yang lebih tersusun.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.