PETALING JAYA - "Ada pihak dan kumpulan politik yang dengki dan cemburu dengan kejayaan Selangor," demikian kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Menurutnya, pihak ini dilihat cuba menimbulkan suatu perkara yang tidak baik terhadap kerajaan Negeri Selangor. 

"Mereka lempar fitnah, kemudian dikutip oleh pihak media lalu mencipta polemik sekali gus lakukan provokasi.

"Usah terpedaya dengan perkara ini. Saya ajak perwakilan kita untuk persetankan politik ini. AMK dan Wanita kena bersama untuk kita bersama-sama mempertahankan kubu kita," katanya dalam Perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita dan AMK, di Petaling Jaya, malam tadi.

Turut hadir dalam kongres tersebut adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. 

Mohamed Azmin menegaskan, mana-mana pihak sama ada individu atau kumpulan yang cuba menggugat kestabilan kerajaan Negeri Selangor, mereka adalah pengkhianat amanah rakyat. 

Jelasnya, itu adalah musuh dan kita akan lawan habis-habisan.

Katanya, pembangkang perlu teruskan usaha dalam membentuk gabungan politik yang akan menyatupadukan rakyat dan mewujudkan kestabilan yang menjadi prasyarat pembangunan mampan.

"Saya tuntut semua parti politik pembangkang untuk bergabung tenaga bagi menewaskan Umno BN dalam PRU akan datang ini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Timbalan PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas dakwaan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib semalam bahawa keputusannya kembali menyertai Umno adalah disebabkan pembangkang tidak memperjuangkan agenda Melayu.
  • SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan berunding dengan Pas sebagai tepat.
  • SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini mengumumkan untuk bertanding sekurang-kurangnya bagi 42 kerusi Dun Selangor pada PRU14 termasuk kerusi yang disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail (Dun Kajang) dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Dun Bukit Antarabangsa).
  • PETALING JAYA - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar hari ini mencabar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berdebat mengenai pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
  • SHAH ALAM - Tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menamatkan sidang Dun lebih awal hari ini dianggap pengecut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.