IPOH - BN Perak memberi pengiktirafan kepada 10 barisan Exco Kerajaan Negeri apabila menyenaraikan mereka sebagai calon BN pada PRU14 ini.

Mereka yang diumumkan kekal bertanding adalah Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (Kamunting); Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik).

Turut kekal, Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan (Ayer Kuning); Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria (Batu Kurau) serta Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup).

Dua exco wanita masing-masing Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim (Behrang) dan Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah) turut dicalonkan semula.

Dalam pada itu, dua ahli mesyuarat kerajaan negeri diumum bertanding di kerusi Parlimen iaitu Exco Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Mohd Nizar Zakaria yang beralih dari Dun Belanja ke Parlimen Parit serta Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon (Chenderiang ke Parlimen Tanjung Malim).