1 /

SEREMBAN - PKR hari ini mengumumkan senarai calonnyauntuk bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sehari sebelum penamaan calon esok.
    
Pengerusi Perhubungan PKR negeri Datuk Kamarul Baharin Abbas pada sidang medianya berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Telok Kemang yang disandangnya, selain bertanding di kerusi DUN Ampangan.
    
Beliau dijangka berdepan Ketua Penerangan MIC Datuk V.S Mogan dari Barisan Nasional yang diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen itu.
    
Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohd Nazree Mohd Yunus bertanding di kerusi Parlimen Kuala Pilah, sementara Pengerusi Jawatankuasa Kecil Guaman Pakatan Rakyat negeri Radzali A. Ghani, akan mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di kerusi Parlimen Rembau.
    
Berikut ialah senarai calon PKR yang akan bertanding pada PRU13.
       
    PKR-CALON (N.SEMBILAN)

        PARLIMEN
        --------
   
    1. P129 Kuala Pilah  - Mohd Nazree Mohd Yunus
    2. P131 Rembau       - Radzali A. Ghani
    3. P132 Telok Kemang - Datuk Kamarul Baharin Abbas
   
    DEWAN UNDANGAN NEGERI
   
    1. N02 Pertang       - Muhammad Syamwill Mertadza
    2. N06 Palong        - Rebin Birham
    3. N07 Jeram Padang  - Kumar A/L Thuraisingam
    4. N13 Sikamat       - Aminuddin Harun
    5. N14 Ampangan      - Datuk Kamarul Baharin Abbas
    6. N15 Juasseh       - Rosli Omar
    7. N16 Seri Menanti  - Tengku Zamrah Tengku Sulaiman
    8. N18 Pilah         - Mohamad Nazaruddin Sabtu
    9. N27 Rantau        - Aisah Lamsah
    10. N29 Chuah        - Chai Tong Chai
    11. N32 Linggi       - Rosman Jonet
    12. N33 Port Dickson - Ravi A/L Munusamy
    13. N34 Gemas        - Karip Mohd Salleh
   
- BERNAMA