KUALA TERENGGANU – PKR sekali lagi memperlihatkan parti itu cenderung kepada parti anak-beranak apabila tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan dengan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang, 23 Mac ini.

Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad berkata, jika dahulu Anwar menggantikan tempat Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh, kali ini Wan Azizah pula menggantikan tempat Anwar berikutan ketua pembangkang itu hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.

Katanya, keadaan itu turut menunjukkan Anwar mempunyai agenda peribadi berbanding perjuangan kepada rakyat sehinggakan tidak memberi peluang kepada pemimpin lain dalam PKR untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Itu adalah hak PKR, tetapi macam tiada calon lain sehinggakan beri kepada isteri sendiri. Mungkin juga dia ada agenda lain kerana sebelum ini dikhabarkan beliau mahu jadi Menteri Besar Selangor.

"Apabila tidak tercapai, digantikan tempatnya dengan isteri sendiri,” katanya.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :