• Petronas Petroliam Nasional Bhd (Petronas)
1 /

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) memperkenalkan logo baru (gambar) bagi menzahirkan perubahan syarikat pengeluar minyak dan gas terkemuka dunia itu.

Logo itu diperkenalkan pada Persidangan Minyak dan Gas Asia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, minggu lalu.

Petronas dalam satu kenyataan kelmarin memaklumkan, logo itu mempunyai rupa yang lebih segar dan menjadi sebahagian daripada usaha kumpulan itu untuk mengukuhkan lagi potensi visual bagi ikon korporat Petronas.

"Secara asasnya, logo baru ini menjadi simbol kepada pertumbuhan dan kemajuan jenama Petronas sambil meneruskan legasi," menurut kenyataan itu.