DIA pernah memiliki  syarikat  yang mempunyai rakan niaga yang ramai. Bukan setakat di Malaysia, malah juga di luar negara.

Memiliki produk kecantikan dan penjagaan wajah serta tubuh badan yang disukai pengguna.  Dia juga pernah bergelar jutawan satu ketika dulu.

Dalam perniagaan dia gigih, dia cekal. Justeru apabila jatuh, dia bangkit, apabila tersungkur dia bangun, dan bangunnya kini lebih gagah, lebih berani dan lebih mengujakan.

Wan Siti Hajar Wan Ismail, 36. Bangkit dengan aura yang luar biasa di kala ramai mereka yang mengenalinya menjangka wanita besi ini akan menyerah kalah.

Ketika banyak pihak bertepuk tangan dan menanti hari-hari runtuhnya  perniagaan yang dibina,  rupanya dia tidak duduk diam. Dia tidak memilih untuk terus berserah, sebaliknya dia bangkit lebih gagah.

Dengan  sedikit ilmu dan pengalaman yang beliau miliki hasil setiap kejayaan dan kegagalannya sebelum ini,  Siti Hajar memulakan langkah lebih santai, lebih mudah tetapi begitu menjadi.  

Rich BSC769 yang diilhamkan dari kegagalan lalu, benar-benar ada aura yang tersendiri. Ia 'meletop' dan menjadi bualan ramai.

Tidak sampai enam bulan penubuhannya, Siti Hajar kini  boleh berbangga apabila penubuhan Rich BSC769 telah berjaya mendapat kepercayaan lebih 8,000 rakan niaga dari seluruh Malaysia dan ramai yang mengikuti program yang dianggap terbaik pada masa kini telah menjadi jutawan.

"Ia bagai mimpi tapi itulah realitinya. Saya bersyukur dan anggap ia anugerah Allah atas kesabaran saya berdepan dengan pelbagai tohmahan dan dugaan sepanjang bergelar ahli perniagaan," katany.

Menurutnya, maruahnya yang dulu dihinyak kerana perniagaan yang kurang menjadi kini mula tertebus.

“Saya bersyukur setiap langkah dipermudahkan dan tidak ragu-ragu lagi untuk meneruskan perjalanan dalam bidang ini.

"Dalam perniagaan kita tidak boleh ada kenangan silam. Apa yang lalu jadikan pengajaran dan peringatan. Kita juga mesti tahu situasi semasa. Hendak menjadi kaya raya pada masa kini bukan mudah jika kita memulakan perniagaan secara konvensional. Kerana ini apabila saya sudah menemui syarikat yang tepat untuk saya jadikan asas, saya gabungkan dengan kekuatan Rich BSC769.

"Gabungan  sistem dan syarikat PhytoScience yang saya pilih membuka ruang lebih besar untuk saya membina kerjaya berbanding sebelum ini," ujarnya.
Siti turut berkongsi keistimewaan Rich BSC769 yang diasaskannya.     

“Saya yakin dengan kombinasi ilmu dan gerak kerja secara berkumpulan semuanya boleh dilakukan dengan mudah tanpa sebarang masalah,” katanya ketika ditemui di Wisma PhytoScience di Bangi baru-baru ini.  

Ibu tunggal kepada dua cahaya mata berusia 12 dan lima tahun ini menyatakan, beliau memilih PhytoScience kerana di sinilah tempat ramai individu yang memerlukan talian hayat datang.

"Jangan terkejut kalau anda dengar mereka yang berjaya di sini, asalanya yang mempunyai masalah kewangan yang sangat kritikal. Ada yang dalam poket cuma tinggal RM2. Ada yang kereta kena tarik, ada yang sewa rumah tidak mampu bayar, malah ada yang tidak dapat memberi walau sedikit pun keselesaan untuk anak dan isteri.

"Namun di sini, mereka ada kami, mereka ada Rich BSC769 yang sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk membuka laluan yang sukar menjadi mudah. Memang tidak ada jalan singkat namun kita kena ada formula dan gerak kerja yang baik dan terbukti berkesan.

Saya mahu bangkit semula bersama mereka yang pernah gagal. Ayuh! saya yakin saya boleh bimbing anda!..." ujarnya penuh semangat.


Penggerak utama BSC

Merupakan penggerak utama kepada Business School Club (BSC), Siti Hajar mengharapkan lebih ramai mereka yang pernah mengalami situasi sepertinya memilih jalan hidup yang lebih bermakna.  

"Saya jadikan apa yang saya lalui dalam perniagaan trading, korporat dan juga perkhidmatan sebagai asas BSC. Bukan mudah membentuknya. Banyak yang saya korbankan. Tapi saya boleh tersenyum kini kerana ia menjadi dan ia menjadi lebih dari yang saya jangkakan.

"Kini ramai yang bukan terdiri daripada mereka yang berdepan masalah kewangan sahaja yang menyertai saya, sebaliknya mereka yang sudah bergelar jutawan dan hidup selesan juga mula terpikat dengan formula ini.

"Kejayaan saya yang bangkit dari kegagalan ini juga mula menjadi inspirasi ramai siswazah, malah ramai yang masih berada di kolej dan universiti sudah bersama saya," katanya.

Menurut Siti Hajar, BSC banyak disokong oleh rakan-rakan. Saya mula dengan kawan-kawan yang mengenali hati budi saya, yang percaya saya bukan penipu. Mereka yang berdiri di belakang saya pada awal BSC bergerak dulu adalah mereka yang yakin dengan semangat dan kecekalan saya. Dan kini semakin ramai yang menyertai kami dan keluarga kami semakin besar, malah sudah mula merebak ke seluruh tanahair.

“Penciptaan formula sendiri khusus untuk rakan kongsi yang berminat menjalankan perniagaan juga turut membantu dan membuka pintu rezeki kepada mereka.

“Diharapkan langkah yang saya ambil kali ini tidak sia-sia dan boleh membantu rakan lain untuk berjaya menggapai impian masing-masing,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur ini.

Digelar sebagai ikon wanita dalam kumpulan Rich BSC tidak bermakna beliau bolah berpuas hati dan bangga. Apa yang diperolehnya adalah hasil sokongan bersama dengan ahli.

“Biasanya dalam BSC ini setiap program yang dilaksanakan mestilah bergerak secara berkumpulan. Ini merupakan faktor utama kejayaan dalam membina rangkaian ahli baharu secara lebih tersusun.

“Bagi ahli baharu yang ingin sertai kumpulan ini kesungguhan amat penting.


Ramai sudah berjaya

Berkongsi mengenai teknik di bawah BSC, Siti Hajar berkata, ia lebih santai dan mudah. Sudah letih dengan kekalutan dunia perniagaan yang komplikated, mereka yang berminat bernaung di bawah BSC perlu mengikut teknik empat langkah mudah.

“Biasanya dalam tempoh tiga bulan dan betul-betul mengikuti teknik yang diajar ini kejayaan pasti milik anda. Bukan hendak berbangga dengan modul yang dicipta tetapi jika benar-benar bertekad  insya-ALLAH boleh mencapai pendapatan lima hingga enam angka," katanya.

Menurutnya, dengan memberi sepenuh komitmen selama 12 bulan bersama dengan BSC, kejayaan pasti milik bersama.

“Sehingga kini lebih 100 orang yang sudah berjaya memperoleh pendapatan lima hingga enam angka dalam tempoh tiga bulan menyertai BSC," ujarnya.


Profil Personaliti:

Nama: Wan Siti Hajar Wan Ismail
Umur: 36 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Bilangan anak: Dua orang
Jawatan: Pengasas Rich BSC 769
Facebook & Instagram: Rich BSC 769
Whatsapp: 018-6669769 / 011-19324905

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.