Interaktif - SMS
Individu bukan Islam boleh memasuki masjid, tetapi hendaklah dengan mengikut peraturan yang ditetapkan. UMNO memang sudah ketandusan isu sehingga sanggup memainkan isu agama dengan bermodalkan perkauman yang begitu terserlah. Belum habis isu di Pulau Pinang, ditimbulkan isu baru. Kalau sembang mengenai hal ehwal agama bukan main hebat lagi, merekalah kononnya mempertahankan Islam. - USTAZ TAAT HUKUM ALLAH
Aduhai Ah Long yang bagai tidak sayang mulut kerana begitu celupar membuat andaian yang hentam keromo sahaja. Lebih dikesalkan lagi apabila tutur bicara satu dua hari sahaja lagi. Apa yang pastinya sambutannya di kalangan rakyat jelata semakin hambar kerana bagaikan tiada lagi minat mereka untuk menzahirkan secara spontan untuk memasang Jalur Gemilang di rumah, malah di kenderaan sendiri pun sudah semakin berkurangan untuk berbuat demikian. Begitulah fenomena baru yang terserlah menjadi semakin ketara sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, aura rakyat Malaysia untuk berkorban biar pun sekelumit telah menjadi semakin payah. Kalau tidak masakan untuk turut sama mengibarkan Jalur Gemilang telah menjadi begitu liat sekali. Di manakah silapnya apabila semakin goyahnya semangat patriotisme di kalangan sesama kita. - AtoZKMTG
Kalau hendak marah YB dari DAP patutlah. Kalau setakat marah YB DAP menghina dan mencemar tempat ibadat, dedah aurat pula memang jelas menghina kecucian Islam. Tetapi apa pula orang Islam yang hari-hari menghina agama sendiri, tidak ke surau, masjid, main judi, maksiat, buang anak, zina, minum arak? Ketika dulu orang Melayu Islam tidak pula kata menteri yang syorkan lesen judi menghina agama. Tidak pula menghina Islam. Menteri wanita tidak tutup kepala. - GUARD66
Kepada CAKAP TAK SERUPA BIKIN, kalau bukan penyokong BN anda sarankan tidak mengambil RM500, bagaimana pula kalau kerajaan mengambil cukai dari semua rakyat? Kenapa anda tidak sarankan, bukan penyokong BN tidak payah bayar cukai? Anda tidak faham yang mana kerajaan dan yang mana UMNO. - MAHMOODINEJAD
Zaman sekarang ini ramai orang cerdik dan bijak pandai, pemimpin besar tidak perlu menipu rakyat dengan hasutan perkauman. rakyat sekarang pandai menilai dan bijak buat keputusan. Sedarlah wahai pemimpin, kami sukakan pemimpin yang berpandukan al-Quran, bukan dasar sekular. - JEJAKA TERUNA.
Hari raya Aidilfitri semakin hampir tiba. Suasananya sudah mula terasa dengan segala persiapan untuk menyambutnya oleh umat Islam dan tidak ketinggalan dari yang bukan beragama Islam turut mengambil kesempatan membeli-belah beraneka makanan, minuman dan pakaian. Namun yang menyedihkan adalah kehadiran umat Islam mengimarahkan surau dan masjid yang semakin berkurangan. Jika di awal Ramadan, surau dan masjid penuh sesak tetapi kini satu saf pun tidak penuh. Sebaliknya pula kini pasar raya bersesak-sesak dibanjiri oleh umat Islam. Amat malang dengan situasi begini dan perlu diubah untuk kebaikan dan memartabatkan agama Islam yang suci. Setiap kebaikan dan kemungkaran di bulan Ramadan ini akan mendapat balasan yang berganda dari Allah SWT. - KECEWALARA
Bila bicara bab Petronas, pandai pula Nik Aziz sebut lima perkara yang mesti dijaga iaitu akidah, nyawa, harta, nasab dan maruah, tetapi bila bab mempersendakan Islam oleh rakan politiknya lain pula pendapatnya. Cakap tidak serupa bikin tok guru depa ni. - MAKIN JELAS ENT.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan tanah air dan yang lebih penting kepada seluruh rakyat Malaysia merdekakanlah diri anda daripada kekangan pengaruh hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan, beruntunglah mereka yang sentiasa berwaspada dan rugilah mereka yang lalai dan leka.. - ASSOBIRIN D’KL.
Kepada penyokong PR di ruangan ini juga di luar sana, cubalah anda baca tulisan Prof. Dr Abdul Aziz Bari di akhbar ini bertarikh 30 Ogos lalu. Kita semua tahu, beliau amat cenderung menyokong PR, tetapi penjelasannya bahawa Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO bukan
bersifat sekular. Perlembagaan negara amat jelas cuma ia dikaburkan parti politik yang menggunakan Islam untuk kepentingan peribadi. Apatah lagi apabila dijanjikan syurga jika mengundi Pas. Apakah syurga itu milik Pas? Dosa, pahala, syurga dan neraka hanya ditentukan Allah. Sekali lagi saya cabar, apakah ada jaminan ulama-ulam Pas terutama Nik Aziz ada ditempatkan di syurga? Tepuk dada tanya tanyalah iman.
Hentikan sengketa sesama umat dan marilah kita sama-sama mendaulatkan undang-undang negara. Percayalah, tiada bangsa lain yang akan mempertahankan negara tercinta ini jika diancam musuh. Sedarlah bangsa ku. Di sinilah tanah tumpah darah kita juga di sini langit dijunjung. Yang pasti Malaysia bukan negara sekular. Kepada semua rakyat Malaysia. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53. - ABG MISAI
Interaktif - Maklumbalas
Interaktif - Emel





