Hafiz berjaya buat 10,995 sepakan
![]() Mohd Hafiz Jamaluddin berkata, idea berkenaan tercetus apabila dia menyaksikan banyak rekod baru yang dibuat negara luar bagi membuktikan keluarbiasaan mereka daripada orang lain melalui lawan web Youtube.com. “Oleh itu, saya mendapat idea untuk membuat satu aktiviti yang dapat pecahkan rekod ‘Malaysia‘s Book Of Record’ terutama dalam bidang sukan negara ini. “Setelah itu, saya berbincang dengan pihak universiti untuk memcipta satu rekod terutama dalam bidang seni mempertahankan diri agar nama universiti dan pelajarnya menjadi contoh,” katanya. Hafiz berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui di Festival Seni Bela Diri lalu. Menurutnya, Acara Martial Arts Festival (MAF) yang diadakan buat julung kalinya bertujuan memecahkan rekod Malaysia yang dianjurkan Jawatankuasa MAF dengan kerjasama pelajar serta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Ia secara langsung menunjukkan kemampuan pelajar universiti ini untuk mengendalikan pelbagai aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. “Pada awalnya memang terdapat banyak kesukaran dihadapi bagi menjayakan program ini kerana perlu mendapatkan kerjasama semua pihak antara pelajar, pensyarah dan kakitangan universiti serta pihak MBI. “Kami turut menerapkan konsep 1Malaysia bagi peserta yang memasuki pertandingan ini iaitu merangkumkan pelajar dari pelbagai kaum seperti India, Cina dan Melayu,” katanya. Katanya, mereka juga mahu sukan mempertahankan diri ini terus berkembang terutamanya melalui banyak penglibatan daripada golongan belia daripada pelbagai kaum selain melindungi diri dari sebarang perkara yang tidak dijangkakan. |
Lain-lain Artikel:-
Sepakat hadir sidang
Yen Yen nafi terlibat rasuah RM2 juta
Mohsin perlu dapatkan mandat rakyat
Pemuda UMNO dedah tawar-menawar PKR
Ahli Bebas tidak akan wujud parti
Rais hargai pendirian Ku Li
Barisan tidak
lobi lompat parti
Pemilihan 28 Mac selesai masalah dalaman MCA
Tujuh ahli perniagaan tidak hormat Institusi Diraja akan dilucut gelaran Datuk
Suspek bunuh kekasih reman seminggu
Waspada golongan peralat pakaian agama: Jamil Khir
Taman, kebun bunga jadi produk pelancongan baru
Kerajaan perlu masa kumpul input
Adu SPRM jika ada bukti
Eksport negara meningkat 37 peratus pada Januari: Mukhriz
Modul Matrix pulih penagih dadah sintetik





