SHAH ALAM - Pas tidak menafikan terdapat beberapa protes dilakukan ahli dan penyokongnya terhadap parti itu, tetapi ia hanya melibatkan beberapa perkara yang menyentuh mengenai kerjasama Pas dan DAP.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas telah turun padang berjumpa dengan mereka dan menjelaskan isu-isu yang dipertikaikan dan menyebarkan risalah mengenai kerjasama Pas dan DAP.

Bagaimanapun katanya, isu pemilihan calon yang tidak disenangi oleh akar umbi, tidak disentuh seperti mana di Pahang, calon dikekalkan.

"Memang ada berlaku pertindihan kerusi tetapi Pas mengambil pendekatan pertukaran tiga Dun di Terengganu diserahkan kepada Pas dan di Dun Kota Damansara, Selangor diserahkan kepada PKR.

"Walaupun terdapat calon Pas di kawasan itu, penjelasan daripada Pakatan Rakyat (PR) ialah kita menyokong kepada calon PSM yang bertanding atas tiket PKR, Dr Mohd Nasir Hashim," katanya semalam.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :