Pengunjung : 19363 Ahad 14-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
Selekoh ditutupi semak halang penglihatan pemandu

KAMPUNG PULAU SERAI - Pengguna jalan di sini merungut kerana terpaksa berhadapan risiko kemalangan di kawasan selekoh di bahagian dalam kampung ini yang dipenuhi semak-samun yang tinggi sehingga menutup pandangan.

Seorang penduduk, Mohd Ruslan Salim, 28, berkata, jalan kecil di kawasan ini menjadi laluan pilihan penduduk di sini dan perumahan berhampiran.

Menurutnya, keadaan semak-samun yang terlalu tinggi menutup pandangan pengguna khususnya mereka yang memandu kereta kerana tidak nampak kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Ketiadaan lampu jalan di sini turut menambahkan risiko kemalangan pada waktu malam dan pengguna terpaksa bergantung kepada lampu kenderaan masing-masing.

“Remaja khususnya mereka yang menunggang motosikal kadang kala tidak mempunyai lampu kenderaan dan keadaan ini membuka risiko kemalangan yang lebih besar,” katanya.

Ruslan berkata, keadaan semak-samun itu perlu dibersihkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini selain menjadi sarang penagihan dadah dan jenayah di kawasan itu.

“Keadaan ini menjadi satu tempat yang sesuai bagi kegiatan jenayah ekoran faktornya yang gelap dan sunyi dan keadaan ini perlu diatasi segera oleh pihak berkenaan bagi mengelak pengguna menjadi mangsa.