| Pelajar jadi mangsa polis palsu
KUANTAN - Seorang pelajar kerugian kira-kira RM3,000 apabila sebuah komputer riba, dua telefon bimbit dan dompet berisi sejumlah wang tunai miliknya dikebas seorang lelaki yang menyamar sebagai polis dalam satu kejadian di Jalan Besar di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal di hadapan sebuah hotel ditahan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis sambil menunjukkan dompet yang tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pegawai Turus Urus setia, Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintenden Noor Asyikin Shamsuri berkata, pelajar berusia 19 tahun dari Kampung Sungai Karang Pantai dekat sini digertak suspek apabila mendakwa motosikal yang digunakan terlibat dalam satu kejadian langgar lari di Beserah. Menurutnya, mangsa yang mula panik terus mengikut arahan ‘polis’ itu apabila diarah meninggalkan motosikal berhampiran hotel sebelum dibawa lelaki itu ke sebuah stesen minyak berhampiran. “Mangsa diheret ke surau stesen minyak sebelum suspek membuat pemeriksaan tubuh dan ketika itu dia diarahkan supaya memasukkan dompet dan dua buah telefon bimbit miliknya ke dalam beg komputer riba yang dibawa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam. Beliau berkata, menyedari terpedaya, mangsa membuat laporan polis di Balai Kuantan sebelum siasatan dilakukan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas