Jasa MB
![]() Pada majlis yang berlangsung di Masjid Tanjung Gemok, Rompin, Syarifah Abdullah, 29, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Rosli Mohamad, 30, di hadapan Wali Hakim mukim Endau, Hussin Putih. Majlis bersejarah yang bermula pada jam 9.15 malam itu juga turut disaksikan kedua-dua belah pihak dengan mas kahwin RM22.50. Suasana menjadi meriah apabila Rosli menyarungkan cincin perkahwinan mereka di jari manis Syarifah, sebelum si isteri mencium tangan suami sebaik sahaja disahkan pernikahan mereka. Syarifah guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Denai berkenalan dengan Rosli melalui seorang sahabat mengambil keputusan menamatkan zaman bujang mereka setelah tiga tahun berkenalan. Pengerusi Masjid Tanjung Gemok, Md Rusli Ismail berkata, majlis itu diadakan bagi memastikan keluarga Orang Asli turut mematuhi Undang-undang Keluarga Islam Pahang yang mewajibkan setiap orang Islam menjalani majlis perkahwinan mengikut peraturan ditetapkan. “Program ini diadakan bagi memudahkan urusan mereka nanti seperti dalam menjalani pemeriksaan kesihatan, persekolahan anak-anak dan sebagainya yang ada mensyaratkan surat pernikahan,” katanya. Beliau berkata, majlis itu dianggap sebagai satu sejarah apabila seorang wanita Orang Asli memeluk Islam berkahwin dengan seorang jejaka Melayu yang diadakan di masjid itu. “Jika perkahwinan sesama Melayu Islam, ia adalah perkara biasa di masjid ini, tetapi apa yang menarik pengantin perempuan itu pernah diislamkan sendiri oleh Menteri Besar Pahang ketika melakukan kunjungan ke rumah saya,” katanya. Md Rusli yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman berkata, setiap saudara baru yang sudah memeluk Islam perlu mengamalkan ajaran itu untuk kebaikan pada masa depan. Beliau berkata, terdapat sesetengah saudara baru gagal mengikuti ajaran Islam sebenar berikutan tidak mendapat sokongan penuh daripada masyarakat setempat. “Budaya perkahwinan campur antara saudara baru dengan orang Melayu Islam dilihat sebagai satu cara meningkatkan pengetahuan mereka mengenai ajaran murni ini,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Sepakat hadir sidang
Yen Yen nafi terlibat rasuah RM2 juta
Mohsin perlu dapatkan mandat rakyat
Pemuda UMNO dedah tawar-menawar PKR
Ahli Bebas tidak akan wujud parti
Rais hargai pendirian Ku Li
Barisan tidak
lobi lompat parti
Pemilihan 28 Mac selesai masalah dalaman MCA
Tujuh ahli perniagaan tidak hormat Institusi Diraja akan dilucut gelaran Datuk
Suspek bunuh kekasih reman seminggu
Waspada golongan peralat pakaian agama: Jamil Khir
Taman, kebun bunga jadi produk pelancongan baru
Kerajaan perlu masa kumpul input
Adu SPRM jika ada bukti
Eksport negara meningkat 37 peratus pada Januari: Mukhriz
Modul Matrix pulih penagih dadah sintetik
