Beserah Tengah muncul juara
![]() :Kemenangan itu membolehkan pasukan Berserah Tengah membolot wang tunai berjumlah RM300 sebagai imbuhan juara dan pasukan Beserah Utara terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM200. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Beserah Tengah, Mohd Shahrul Fawaz Abdul Aziz berkata, kejohanan yang menawarkan hadiah RM300 untuk juara, RM200 untuk naib juara dan RM100 untuk tempat ketiga dan keempat disertai oleh 16 pasukan dari Mukim Beserah. “Pertandingan ini adalah acara tahunan dan kita mengadakan aktiviti sukan setiap tiga bulan sekali, diselang-seli dengan aktiviti kemasyarakatan. “Selepas ini, kita akan memberi tumpuan untuk penganjuran sukan futsal dan bola jaring pula,” katanya. Hadir sama menyampaikan hadiah, Ketua Perhubungan UMNO negeri, Rahim Abbas. Sementara itu, ketua pasukan Berserah Tengah, Shamsul Bahari Abdul Aziz berkata, dia tidak menyangka pasukannya berjaya merangkul gelaran johan kerana saingan sengit yang diterima daripada 15 pasukan lain. “Berjaya mara ke perlawanan akhir juga menjadi kejutan buat kami kerana dua lagi ahli iaitu Fakarudin Abdul Rahman dan Ahmad Yuman Hashim baru dilatih selepas diserapkan dalam pasukan. “Tambahan pula pasukan ini baru sahaja kembali aktif menjalani latihan dalam tempoh tiga bulan lepas,” katanya. Katanya, untuk menghadapi kejohanan itu, pasukannya mengambil masa sebulan bagi membuat latihan. |
Lain-lain Artikel:-
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara
