Ahli Parlimen kesal tindakan rakam, sebar aksi lucah
![]() Ismail berkata, terdapat banyak koleksi rakaman video jijik itu disimpan dalam telefon bimbit mereka sehingga ia menjadi satu kebanggaan apabila dipertontonkan kepada rakannya. Menurutnya, penyebaran klip video berkenaan amat membimbangkan dan jika tidak dikawal, ia boleh mempengaruhi pemikiran golongan itu kepada gejala seks bebas. “Golongan ini dikhuatiri akan cuba meniru adegan lucah daripada klip video yang pernah ditonton dengan merakam sendiri aksi lucah mereka bersama rakan.: “Gejala ini bukan perkara baru, ia kerap dibangkitkan terutama dalam media. Namun, sikap ibu bapa yang mahu melindungi perbuatan anak mereka kerana bimbang dikenakan hukuman berat membuatkan masalah ini dianggap terpencil,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan motivasi pagi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran 2, di sini, semalam. Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Yusof Jamaluddin. Sementara itu, Yusof berkata, perkara itu bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar di bandar tetapi menular remaja luar bandar akibat limpahan teknologi yang lebih canggih. Beliau berkata, masalah bertambah buruk apabila pihak sekolah tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana bimbang mendapat prestasi kurang baik. “Disebabkan pihak sekolah rahsiakan perbuatan ini, langkah pencegahan sukar diambil kerana pelajar menganggap ia bukan kesalahan besar. “Lebih buruk, keseronokan yang dilakukan tanpa memikirkan risikonya itu bakal mendorong perlakuan jenayah seksual. “PIBG memandang serius isu seks bebas dalam kalangan pelajar bagi menangani gejala negatif ini,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara
