Penularan ajaran sesat terkawal
![]() Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau perkembangan itu menerusi tindakan yang dilaksanakan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). “Trend terkini menyaksikan pertukaran modus operasi pertubuhan ataupun kumpulan itu dengan lebih bertumpu di kawasan luar bandar mahupun Felda. “Mereka ini beralih arah kerana ia mudah berkumpul dan ramai berbanding di lokasi sebelum ini,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rela dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Dewan Orang Ramai, Air Putih, di sini, kelmarin. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu penularan ajaran sesat di negeri ini. Menurut Mohamad Sahfi, kawasan luar bandar atau Felda menjadi pilihan kerana ia terpinggir dan tersorok menyebabkan mereka mudah menyebarkan ajaran sesat itu. Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) melaporkan ajaran sesat Yahu kembali aktif berikutan satu kes dikenal pasti melibatkan ajaran itu di kawasan pendalaman iaitu di Kampung Bolok, Lanchang baru-baru ini membabitkan 20 individu. Jaip juga berjaya mengesan 42 ajaran meragukan di seluruh negeri namun kebanyakannya tidak aktif dan hanya diamalkan individu, bukannya secara berkumpulan. |
Lain-lain Artikel:-
Sepakat hadir sidang
Yen Yen nafi terlibat rasuah RM2 juta
Mohsin perlu dapatkan mandat rakyat
Pemuda UMNO dedah tawar-menawar PKR
Ahli Bebas tidak akan wujud parti
Rais hargai pendirian Ku Li
Barisan tidak
lobi lompat parti
Pemilihan 28 Mac selesai masalah dalaman MCA
Tujuh ahli perniagaan tidak hormat Institusi Diraja akan dilucut gelaran Datuk
Suspek bunuh kekasih reman seminggu
Waspada golongan peralat pakaian agama: Jamil Khir
Taman, kebun bunga jadi produk pelancongan baru
Kerajaan perlu masa kumpul input
Adu SPRM jika ada bukti
Eksport negara meningkat 37 peratus pada Januari: Mukhriz
Modul Matrix pulih penagih dadah sintetik
