| Peniaga didakwa cetak wang palsu
KUANTAN - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan memiliki peralatan mencetak dan terlibat dalam kegiatan pemalsuan wang kertas. Tertuduh, Chong Tsui Meng, 39, dari Taman Cheras Ria Perdana, Kuala Lumpur, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin Haw di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani. Tertuduh yang hadir tanpa diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah, Lorong Kempadang Aman 1, Taman Kempadang Aman, dekat sini kira-kira jam 1.30 petang, 1 Februari lalu. Tertuduh yang ditahan polis pada hari yang sama dihadapkan ke mahkamah itu semalam bagi menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Tertuduh yang kelihatan kurang senang dengan kehadiran pemberita mengikuti sebutan kesnya itu ditawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin oleh pihak pendakwaan sebelum dibenarkan membuat rayuan berhubung jumlah jaminan itu. Dalam rayuannya, tertuduh merayu agar ikat jamin dikurangkan memandangkan dia kini berada dalam kesempitan selepasnya perniagaan terpaksa ditutup selain terpaksa menyara empat anak. “Saya merayu supaya mahkamah memberi satu peluang untuk saya berubah menjadi seorang yang baik,” katanya dalam rayuan itu. Mengambil kira rayuan tertuduh, Hassan mengurangkan jumlah jaminan kepada RM9,000 dengan seorang penjamin manakala 12 hingga 16 April depan ditetapkan sebagai tarikh perbicaraan. Mahkamah kemudiannya meminta tertuduh melantik peguam bagi mewakilinya dalam perbicaraan akan datang sebelum tarikh tersebut. Sementara itu dalam Mahkamah Majistret Kuantan, tertuduh didenda RM3,500 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki DVD lucah serentak dengan kesalahan pertama. Dalam keputusan Majistret Iriane Isabelo itu, tertuduh berdepan hukuman penjara 3 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang ditetapkan. Berdasarkan keterangan kes yang dikemukakan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin, hasil pemeriksaan sepasukan anggota polis ke sebuah rumah dipercayai kediaman tertuduh menjumpai 24 keping DVD dan hasil uji tayang, 17 daripadanya mengandungi unsur lucah. |
Lain-lain Artikel:-
Pemimpin Pakatan tertekan
Jurang pelajar ketara
Khalid teruja PKR tegas, berani
Tiga murid diserang stabil
Akim diintai beberapa NGO Islam
Saya tidak mahu layan Zulkifli
Tiong Lai nafi pujuk Ka Ting tanding
Semua bilik soal siasat dipasang CCTV
Permohonan pengesahan cerai tidak difailkan
Kes saman Amy Search: Pelayan restoran cuai
7,987 calon cemerlang
Guru baru gagal lapor diri digugurkan: Mohd Puad
Husni tolak spekulasi GST dibatalkan
Isles Internationale Universite adalah palsu: SSM
Pemimpin Pakatan tertekan
Jurang pelajar ketara
Khalid teruja PKR tegas, berani
Tiga murid diserang stabil
Akim diintai beberapa NGO Islam
Saya tidak mahu layan Zulkifli
Tiong Lai nafi pujuk Ka Ting tanding
Semua bilik soal siasat dipasang CCTV
Permohonan pengesahan cerai tidak difailkan
Kes saman Amy Search: Pelayan restoran cuai
7,987 calon cemerlang
Guru baru gagal lapor diri digugurkan: Mohd Puad
Husni tolak spekulasi GST dibatalkan
Isles Internationale Universite adalah palsu: SSM