BBC Sport mencatat rekod baru apabila seramai 55 juta penonton mengikuti perkembangan Sukan Olimpik London yang melabuhkan tirainya kelmarin.
Dan, pencapaian itu sekali gus mengatasi pencapaian Sukan Olimpik Beijing yang hanya meraih 33 juta penonton.
Ini dapat dibuktikan apabila acara berbasikal trek menerusi Bradley Winggins yang memenangi pingat emas menjadi tumpuan penonton jika dibandingkan dengan Piala Dunia Fifa pada 2010.
Pada masa sama, sebanyak 106 juta permintaan video direkodkan sepanjang Olimpik 2012.
Antara video yang menjadi permintaan pembaca adalah, perlawanan akhir perseorangan tenis dimana Serena William dan Andy Murray telah memenangi pingat emas.
Selain itu, klip-klip video lain yang popular adalah perenang Jerman, Stephan Feck, atlet lompat galah Cuba, Lazaro Borges dam juga prestasi jaguh pecut dunia, Usain Bolt dalam acara 100m lelaki.
Pengurus Besar BBC News, Phil Fearnley berkata, hampir dua juta penduduk memuat turun aplilasi telefon pintar pada kedua-dua Apple IOS dan Platform Adroid semasa Olimpik 2012.
"Upacara pertabalan yang dilakukan pada tahun 1953 menjadi inpirasi kami untuk menjadikan portal BBC sebagai portal digital yang hebat pada 2012.
"Kami berjanji penonton tidak akan terlepas sebarang perlawanan sukan.
"Kami akan tunaikan janji ini dan berharap Portal ini menjadi pilihan utama penonton pada masa akan datang," katanya.
Olimpik: BBC Sport raih 55 juta penonton
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.













