• Muka Depan Novel Oh, Mama Tiriku! Oleh Herna Diana Muka Depan Novel Oh, Mama Tiriku! Oleh Herna Diana
1 /

SEMENTARA itu di dalam bilik, Ekin terkekehkekeh ketawa sendirian. Geli hati mengenangkan peristiwa petang tadi. Seronok benar dia bila dapat mengenakan Datin Fauziah dan anak lelakinya.

“Padan muka!” kutuknya. Fikirannya mula menerawang kembali ke peristiwa petang tadi.

“Hai, Puan Syarifah Nora. Sorrylah I lambat,” sapa Datin Fauziah dengan gaya yang agak kelam-kabut. Puan Syarifah Nora tersenyum menyambut kedatangan temannya itu.

Pantas dihulurkan tangan untuk bersalaman. Anak lelaki turut bersalaman tanda hormat.

Ekin memandang Datin itu dari atas hingga ke bawah. ‘Walaweh, macam ratu kebaya. Siap dengan sanggul siput.’ komennya di dalam hati. ‘Tengok cermin mata dia. Haish! Boleh tutup pipi sekali. Hahaha...’ Hatinya mengutuk lagi. “Ekin, kenapa gelak sorang-sorang ni?” Puan Syarifah Nora pelik melihat anaknya ketawa. Kena sampuk ke?

Ekin menelan liur. ‘Laa... aku gelak betul-betul rupanya. Ingatkan dalam hati aje tadi.’

Dia tersengih. “Tak ada apalah, mama. Tetiba saja rasa geli kat pusat ni. Ada semut agaknya,” balasnya selamba. Siap buat aksi garu-garu kat bahagian pusat lagi.

Bulat mata Puan Syarifah Nora. “Ekin!” Diketap giginya, geram. Hatinya sudah mula tidak senang. Sudah dapat meneka yang anaknya akan buat hal lagi. Datin Fauziah pula sudah berkerut muka.

“Err... maaflah, Datin. Anak saya ni memang suka bergurau,” ujar Puan Syarifah Nora dalam malu.

“Oh! Tak apa. Biasalah tu,” balas Datin Fauziah. Puan Syarifah Nora memandang Ekin. Dia membuat isyarat mata menyuruh Ekin bersalam dengan Datin Fauziah.

Apabila Ekin buat tidak endah, dijegilkan matanya. Namun anaknya masih bersikap selamba. Sekali lagi dia memberikan isyarat. Kali ini dengan gaya merayu.

‘Ish! Mama ni. Buat muka macam tu yang aku lemah ni,’ desis hati Ekin. Akhirnya dia mengalah. Tangan Datin Fauziah disalamnya. “Jemputlah duduk, auntie.” Wah! Tiba-tiba berbudi bahasa pula.

Puan Syarifah Nora tersenyum simpul. Sukalah tu! “Terima kasih. Oh, ya. Ni anak auntie, Haikal.” Datin Fauziah memperkenalkan anak bujangnya.

Haikal menyuakan tangannya untuk berjabat dengan Ekin. “Hai...”

“Hai...” Ekin menjawab dengan penuh gaya percakapan P. Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Namun, huluran tangan Haikal dibiarkan sepi tidak bersambut.
Haikal tersipu malu apabila salamnya tidak dipedulikan

Ekin. ‘Berlagak betul perempuan ni,’ kutuk hatinya. “Haikal kerja dengan papa ke?” ramah Puan Syarifah


Nora bertanya. “Ya, auntie. Maklumlah, saya ni anak tunggal. Menjadi harapan keluarga mewarisi apa yang papa dah usahakan.” Cukup angkuh bunyinya di telinga Ekin. ‘Kerek betul mamat ni. Bajet baguslah kononnya tu. Pewaris keluarga ya?

Sekejap lagi kau tahulah.’ Dia mula merencanakan sesuatu. Tersengih-sengih dia.

“Ekin pula buat apa sekarang? Mesti kerja dengan papa juga kan?” Giliran Datin Fauziah pula bertanya. “Taklah, auntie. Saya tak kerja dengan papa pun. Saya suka berdikari,” jawab Ekin.

“Ya ke?” Agak sinis Datin Fauziah menyahut. “Ya, auntie. Saya dah ada ladang sendiri tau,” sahut Ekin dengan gaya beria-ia ingin bercerita. Siap angkat kaki bersila atas kerusi lagi.

‘Anak dara aku dah mula buat perangai.’ Puan Syarifah Nora melepaskan keluhan perlahan. Datin Fauziah dan Haikal sudah terkulat-kulat melihat gaya Ekin yang disifatkan mereka tidak senonoh itu.

“Err... ladang apa tu?” Haikal bertanya. “Ladang anggur.”

Haikal terdiam, tahu minah itu mengenakannya. Datin Fauziah yang masih tidak menyedari sedang dipermainkan terus menyampuk. “Hebatnya anak awak, Puan Syarifah Nora. Muda-muda lagi dah ada ladang sendiri. Bertuah awak ada anak yang bijak macam Ekin ni.”

Puan Syarifah Nora tersenyum paksa. Ekin tersengih-sengih. Seronok dapat mengenakan Datin kebaya itu. Diangkatangkatkan keningnya pada Haikal. Haikal mendengus.

Apabila tiba waktu makan, perangai Ekin makin menjadi-jadi. Sengaja dilepaskan sendawa kuat-kuat. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Kelat muka Datin Fauziah dan Haikal. Puan Syarifah Nora jenuh menahan malu.

 

Untuk Urusan Langganan, layari: http://mall.karangkraf.com/

Hubungi: Tel: 03-51017480/ 7481/ 7478 Faks: 03-51017483  HP: 019-3310102

Buku Prima: 03-51013888


Pantai Timur/ Sentral: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415)
Utara/ Sentral: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411)
Selatan/ Sentral: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591)
Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Borders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839)
Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: Liza (03-55118820)

Laman web: http://www.bukuprima.com.my/

emel: prima@bukuprima.com.my


Laman web: http://www.alaf21.com.my/

http://www.facebook.com/bukuprima

http://www.facebook.com/Alaf21