• Muka Depan Novel Oh, Mama Tiriku! Oleh Herna Diana Muka Depan Novel Oh, Mama Tiriku! Oleh Herna Diana
1 /

“AIN punya! Abang jangan ambil.” Ain mula merengek apabila mainannya dirampas oleh Rayyan.

Rayyan membalas dengan jeliran lidah. Nakal sungguh budak ni. Si ibu saudara pula apa lagi. Terus membulatkan matanya.

“Rayyan!”

“Rayyan... kenapa ambil adik punya? Rayyan pun ada juga kan?” tegur Arie lembut. Rayyan diam.

“Rayyan ni kenapa sekarang nakal sangat?” marah Iman. “Iman...” Lembut Arie melarang Iman daripada terus memarahi Rayyan.

“Abang ni. Asal Iman buka mulut aje abang larang. Abang manjakan sangat Rayyan. Sampai jadi nakal macam ni.” Iman memarahi Arie pula.

“Aik! Abang pulak yang kena?” Arie tersengih nakal. “Abang jangan nak sengih-sengih. Iman tengah marah ni.”

“Huu... takutnya abang.” Arie makin giat mengusik. Anak-anak sudah mula pakat ketawa mengekek. “Eii... malaslah Iman nak layan abang dengan budakbudak ni. Menyakitkan hati sajalah,” bentak Iman, lantas bangun dari duduknya.

“Eh! Nak pergi mana pulak ni?” Kalut Arie bertanya. “Toilet!”

Arie hanya tersenyum sambil menggeleng melihat telatah isteri kesayangannya itu. Sejak mengandung ni, makin berangin perangai Iman. “Rayyan bagi balik mainan adik,” arah Arie.

Rayyan buat perangai degil. Arahan Arie langsung tidak diendahkan. Ain masih merengek-rengek mahukan mainannya kembali.

“Rayyan janganlah macam tu. Rayyan baik kan? Bagi balik mainan adik okey?” pujuk Arie lagi. Rayyan masih tidak makan pujuk. Arie mengeluh perlahan. Tercabar juga hatinya dengan kedegilan yang ditunjukkan Rayyan. Kepala yang tidak gatal digarunya.

“Kenapa, Encik Pak Su? Dah mati kutu dengan perangai anak saudara sulung kesayangan?” sindir Iman yang baru muncul di situ semula.

“Amboi, Puan Mak Su. Bukan anak saudara sulung kesayangan awak juga ke?” balas Arie tidak mahu kalah dengan sindiran isterinya.

Izzati dan Insyirah ketawa mengekek mendengar katakata ibu dan ayah mereka.

“Kenapa gelak?” Iman menyoal anak-anaknya pula. Pantas kedua-duanya menutup mulut sambil menggelenggeleng. Hai... kalau dah kembar tu, kembar juga. Serentak sahaja reaksi mereka.

“Err... semua dah habis makan kan? Jom kita balik. Esok nak sekolah.” Arie mengalihkan topik. “Ain punya,” rengek Ain lagi sambil menunding jari ke arah abangnya.

Arie menjeling Iman di sebelahnya. Iman terus buat muka bosan. Kepalanya ligat mencari idea bagaimana mahu bercakap dengan Rayyan. Namun, otaknya tetap buntu.

Kekeringan dalam mencerna idea yang ‘power’. “Zati dengan Syira bila besar nanti nak boyfriend yang macam mana?” Tiba-tiba Arie bertanya kepada anak kembarnya.

Terkejut besar Iman mendengar pertanyaan Arie pada anak-anak mereka. “Ish! Apa abang ni? Ada ke tanya macam tu pulak.” Apalah suaminya ini. Anak-anak baru 5 tahun, ada ke patut soalan itu yang ditanya? Tak sesuai sungguh!

Arie tersenyum sambil mengenyitkan matanya pada Iman. Izzati dan Insyirah sudah mengekek ketawa.

“Abang nak buat kuliah psikologi sikit,” bisik Arie ke telinga Iman. Iman terus tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Mula memahami.

“Nak yang macam ayahlah.” Tersengih-sengih Insyirah menjawab. Izzati turut sama tersengih. “Kenapa nak yang macam ayah?” soal Arie lagi. “Sebab ayah handsome.” Mudah Izzati menjawab. Eii... tak padan dengan kecik. Gatal!

Tertawa besar Arie dan Iman mendengar jawapan anakanak mereka.

Rayyan hanya terkebil-kebil melihat. “Cuba tanya ibu, kenapa ibu sayang ayah?” “Kenapa, ibu?” Kalut Izzati dan Insyirah bertanya kepada Iman.

“Sebab ayah baik. Selalu jadi pelindung pada ibu, jaga ibu. Ayah tak pernah rebut-rebut dengan ibu.” Lembut Iman menjawab.

Sekali lagi Rayyan memandang Iman. Seperti tadi, terkebil-kebil matanya. Seketika kemudian dia memandang pula mainan milik Ain di tangannya.

“Betul ke, ayah?” Izzati bertanya. Arie mengangguk sambil tersenyum. “Betul. Lelaki kena jadi gentleman. Seorang lelaki yang gentleman tak akan berebut-rebut. Dia akan jaga baik-baik orang yang dia sayang. Lagipun, orang perempuan tak suka kalau lelaki tak gentleman. Anak-anak ayah nak ke lelaki yang tak gentleman?”

“Tak nak!” Si kembar menjawab serentak. “Ain pun,” sampuk Ain bersungguh-sunguh. Agaknya teruja melihat gaya kakak-kakak sepupunya menjawab, dia turut sama walaupun tidak mengerti dengan apa yang dibualkan. Arie dan Iman tertawa senang melihat gelagat anak-anak kecil mereka.

“Nah, ambil balik.” Rayyan tiba-tiba menghulurkan kembali mainan kepada Ain.

Arie tersenyum lebar. Rancangannya menjadi. Ain terus tersengih apabila mendapat kembali mainannya. “Okey jom kita balik. Nanti lama pulak papa Rayyan dengan Ain tunggu. Esok nak sekolah,” ujar Iman.

Mereka terus melangkah keluar dari restoran makanan segera itu. Seketika kemudian, telefon bimbit Iman berbunyi. Terus dia tercari-cari di dalam beg tangannya.

“Abang Razif,” beritahu Iman kepada Arie. Arie sekadar memberikan reaksi bersahaja. “Helo, assalamualaikum,” sapa Iman sebaik menekan punat hijau.

“Waalaikumussalam. Iman, abang ni,” sahut Dr. Razif. “Iman tahulah, abang. Takkan Fahrin Ahmad pulak,” balas Iman sambil tergelak nakal. Arie di sebelah sudah tergeleng geleng melihat telatah Iman. Dah jadi ibu pun perangai nakal tetap tak hilang! Dr. Razif tergelak di hujung talian. “Iman ni tak habishabis loyar buruk!”

“Ni telefon-telefon orang ni adalah tu,” tebak Iman. “Hehehe... pandailah Iman. Macam mana tahu ek?” “Eleh... sekali telefon berdering, Iman dah tahu muslihat yang tersirat.” Wah! Hebatnya ‘falsampah brutal mummy’ ni.

Entah universiti manalah dia belajar. “Err... abang nak minta tolong sikit boleh?” “Hmm... dah agak dah,” sahut Iman dengan gaya bosan. “Hehehe... malam ni abang kena sambung duty. Ganti kawan,” beritahu Dr. Razif.

“So what?” Wah! Kereknya Iman brutal ni. “Err... macam biasalah ek?” “Huh!” “Please...” Dr. Razif memujuk.

“Abang ni kan...” “Err... sambung syarahan esok boleh tak? Okey, sayang. Bye...” Dr. Razif terus mematikan talian.

“Eii...” Iman menjerit kecil melepaskan geram terhadap abangnya. “Kenapa ni, sayang?” soal Arie. “Abang Razif ni ha.” “Kenapa?” “Macam biasa... sambung tugas!” “Laa...”

“Papa tak balik ke, mak su?” Rayyan tiba-tiba bertanya. Sayu bunyinya. Iman serba salah. “Err... papa kena kerja malam ni. Ada orang sakit. Rayyan dengan Ain tidur rumah mak su ya malam ni?” pujuknya.

Rayyan tunduk mendiamkan diri. Jelas ada keruh di wajahnya. Iman dan Arie saling berpandangan. Sudah kelu untuk memujuk anak saudara kesayangan mereka.

“Iman fikir apa tu? Jauh menung abang tengok?” soal Arie sambil duduk di birai katil. Iman yang ralit melayan perasan tersentak dengan teguran Arie. Dihadiahkan senyuman kecil kepada suaminya.

“Tak ada apalah, bang,” dalih Iman. “Mana boleh tak ada apa. Sampai abang masuk pun tak sedar,” sangkal Arie pula.

“Budak-budak dah tidur ke, bang?” Iman mengalihkan bicara. “Dah. So, tak nak share dengan abang ke?” Bahu Iman dipeluk kemas.

Iman mengeluh perlahan. Disandarkan kepalanya ke dada Arie. “Iman susah hati fikirkan Rayyan dan Ain.” Akhirnya dia meluahkan resah di dada.

“Kenapa dengan Rayyan dan Ain?” “Abang tak nampak ke macam mana wajah Rayyan tadi lepas tahu Abang Razif tak balik malam ni?” Arie melepaskan keluhan berat. “Entahlah, Iman. Abang pun tak tahu macam mana nak nasihatkan Abang Razif tu.”

“Masalahnya, sampai bila Abang Razif nak berterusan begini? Rayyan dan Ain perlukan dia,” luah Iman. “Iman pun tahu kan betapa sayangnya Abang Razif pada Kak Su,” ujar Arie pula.

“Iman tahu. Tapi takkan selamanya Abang Razif nak macam ni. Dah hampir empat tahun, abang. Rayyan dan Ain perlukan perhatian dan kasih sayang dia,” tekan Iman bersungguh-sungguh.

“Betul apa yang sayang cakap tu. Abang pun kesian tengok Rayyan dan Ain,” sokong Arie.

“Iman rasa, Abang Razif kena kahwinlah. Budak-budak tu perlukan ibu.” Arie tergelak kecil mendengar kata-kata isterinya. “Kenapa abang gelak? Tak betul ke apa Iman cakap tu?” soal Iman tidak puas hati.

“Taklah. Bukan tak betul, cuma Iman pun boleh agak apa keputusannya kan?” duga Arie. “Hmm...” Iman mengeluh lagi.

“Dahlah tu. Jangan difikirkan sangat. Dah lewat ni, kita tidur ya?” Arie membaringkan tubuh Iman. Ditarik selimut menutupi tubuh isterinya sebelum baring di sisi. Lampu tidur di meja sisi dipadamkan.

Keluhan terbit lagi dari mulut Iman. “Iman, sudahlah tu. Tidur ya?” pujuk Arie. Tubuh Iman ditarik ke dalam dakapannya. Sebuah kucupan hinggap di dahi isterinya itu.

Iman membalas dakapan Arie. Matanya dipejam rapat. Dia mahu melupakan kesesakan fikirannya. Sekurang-kurangnya untuk malam ini!

“Good night, abang...” bisiknya lembut dengan mata terpejam.

“Good night, sayang...” balas Arie sambil mengemaskan lagi pelukannya.

 

Untuk Urusan Langganan, layari: http://mall.karangkraf.com

Hubungi: Tel: 03-51017480/ 7481/ 7478 Faks: 03-51017483  HP: 019-3310102

Buku Prima: 03-51013888


Pantai Timur/ Sentral: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415)
Utara/ Sentral: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411)
Selatan/ Sentral: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591)
Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Borders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839)
Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: Liza (03-55118820)

Laman web: http://www.bukuprima.com.my/

emel: prima@bukuprima.com.my


Laman web: http://www.alaf21.com.my/

http://www.facebook.com/bukuprima

http://www.facebook.com/Alaf21