/**
**/
/**
**/
SENTIASA
BERHUBUNG
     
  • KOTAK kek di tangan, terus ditatap bersama senyuman di bibir. Hatinya kembali dicuit apabila mengingati peristiwa petang tadi. Kelakar pula bila diingat-ingat semula. Seseorang yang tidak pernah dia kenali, tiba-tiba menjadi sebahagian cerita kehidupannya hari ini.
  • INTAN memperlahankan pemanduannya sambil mengintai-ngintai di mana ada petak parkir yang kosong. Bertuah nasib badan. Dalam terintai-intai, ada sebuah kereta yang hendak keluar parkir. Kedudukannya tidak jauh dari restoran Secret Recipe itu. Cepat-cepat Intan memberi isyarat ke sebelah kiri.
  • NUR Fatin Amira!” laung Intan dengan suara yang cukup tegas. Matanya memandang tepat ke arah seorang pelajar perempuan yang berada di meja paling belakang di barisan tengah kelas.
  • SUASANA di padang permainan cukup ceria dengan jeritan riang kanak-kanak yang bermain. Ada yang berbuai, ada yang yang berjongkang-jongket malah ada juga yang berlarian berkejaran antara satu sama lain. Mereka kelihatan gembira dan riang. Gelak tawa mereka jelas menunjukkan dunia kanak-kanak begitu indah.
  • IZHAR mengambil sampul surat yang diserahkan Baidura kepadanya. “Apa ni?” “Kad jemputan jamuan makan malam kat Megah Bersatu.” “Malaslah Iz nak pergi. Kak Dura sajalah yang pergi.” Tanpa membaca, kad jemputan itu diletakkan oleh Izhar ke atas meja. Dia memang malas untuk ke majlis-majlis keramaian begitu.
  • ARISA termangu-mangu di hadapan peti sejuk besar di ruang dapur. Mak Jah bercuti. Begitu juga dengan Kak Sal. Bagus betul dapat majikan begini, tiap-tiap hari minggu bercuti, gaji pun boleh tahan juga. Selalunya Mak Jah akan masak sejenis dua lauk dan dimasukkan ke dalam peti dingin beku. Lauk itu hanya dipanaskan keesokan harinya bila hendak dimakan.
  • SEMAKIN gelisah Arisa bila Izhar meletakkan dokumen yang sedang dibelek dan berjalan mendekatinya. Berdeguk-deguk dia menelan liur bila mata Izhar yang kini duduk di atas meja di hadapannya merenung tepat ke wajahnya. Perlahan Arisa menunduk. Tidak sanggup menentang wajah Izhar yang serius bagai sedang merawat pesakit kronik itu.
  • ARISA sudah diperkenalkan kepada beberapa orang kakitangan Teguh Makmur Holdings yang berhampiran dengan bilik Baidura. Dia mula menjalankan tugasnya setelah diberi serba sikit penerangan oleh majikannya itu. Tidak sampai dua jam seluruh pejabat telah disapu dan semua bakul sampah di setiap meja kakitangan telah dikosongkan. Sambil bekerja sudah tentu mulutnya ramah menegur semua kakitangan.
  • “HARI ni, Icha tak payah kerja lagilah. Isnin minggu depan baru Icha mula kerja,” beritahu Baidura yang telah bersiap cantik untuk ke pejabat. “Macam tu rugilah, Icha... minggu ni ada dua hari lagi.” “Alah, Icha rehatlah dulu. Nampak pun macam letih saja. Kak Dura takut juga nanti kalau Icha pengsan lagi, mak ayah Icha marahkan Kak Dura pulak.” Dalam bergurau sempat Baidura mengenakan Arisa.
  • SEPANJANG perjalanan, Arisa tidak berhenti-henti bercakap. Apa saja disapa matanya pasti akan menjadi bahan bualan. Lenguh juga mulut Baidura melayannya sementara Izhar yang tekun memandu hanya sesekali mengerling pada kakaknya dengan senyum dan kepala yang tergeleng-geleng.
  • MUIZ dan Azizah kelihatan ragu-ragu dengan apa yang dikatakan oleh Baidura. Sehingga peninggalan Baidura dan Izhar, mereka masih tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. “Mak, ayah! Boleh dak kalau Icha ikut Kak Dura tu?” Baik Muiz atau Azizah, mereka tidak menjawab pertanyaan Arisa. Hanya mata kedua-duanya beradu seolah-olah meminta pendapat seorang lagi.
  • ARISA sudah boleh bernafas dengan lega. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kini sudah tamat. Dapatlah dia menumpukan sepenuh perhatian untuk menolong kedua orang tuanya. Kadang-kadang dia menolong membuat kuih, kadang-kadang pula dia menolong menjahit kaki dan tangan baju yang yang diambil upah oleh emaknya. Mereka anak-beranak tidak pernah memilih kerja.
  • “JADI ke kita balik esok?” soal Baidura sambil mengelap peluh yang memercik di dahinya. “Jadilah, Kak Dura. Iz tak boleh tambah cutilah. Dapat cuti dua hari ni pun dah syukur sangat. Ramai doktor sedang bercuti sekarang ni. Maklumlah, tengah cuti sekolah!”
  • IZHAR dan Baidura duduk di atas batang kayu mati yang dihanyutkan oleh ombak laut ke pantai. Dua beradik itu amat lega bila masjid terapung yang dibina oleh syarikat mereka kini sudah hampir siap keseluruhannya. Ilai ketawa dari arah belakang mereka menarik perhatian kedua-duanya. Kelihatan dua orang kanak-kanak dari arah rumah pekerja kontrak yang sedang menyiapkan masjid itu sedang bergurau-senda sambil membawa bakul di tangan masing-masing.
  • DI sebalik langsir tingkap yang diselak, Arisa tersenyum lebar. Wajah tuanya berseri-seri bagai disimbah dengan cahaya bulan lima belas. “Bang... budak-budak tu dah sampai!” Tangan suaminya terus ditarik untuk sama-sama menyambut tetamu yang baru tiba.
  • NAFAS Syahir turun naik menahan marah. Rahangnya bergerak-gerak. Jari jemarinya sudah dikepal. Matanya tajam mencerlang ke arah Raina yang tampak mesra berbual dengan seorang lelaki di dalam Kafe Boraque. Malah, wajah Raina kelihatan berseri-seri dihiasi senyum dan tawa melayan lelaki yang duduk di tepi tingkap itu.
  • SEPANJANG hari di Kafe Boraque, Raina cuba sedaya upaya menyembunyikan rasa hati yang marah, kecewa dan sedih dengan apa yang terjadi pada pagi tadi. Rasa sakit hati dan benci terhadap Syahir semakin membuak di jiwanya. Sudah tidak tertanggung lagi rasa marahnya kepada lelaki yang telah memandang rendah dan memijak maruahnya sebegitu.
  • HATI Raina dipagut resah yang berpanjangan. Semuanya gara-gara permintaan Hasnah untuk mendapatkan saiz jari manisnya. Sudah dua kali Syahir bertanyakan soalan itu bagi pihak ibunya. Dua kali juga dia mengelak. Sampai bila dia perlu berdalih sedangkan Syahir makin mendesak?
  • EMIR memandu Peugeot 308 yang dihadiahkan oleh ibunya sempena hari jadi yang ke 30, enam bulan yang lalu. Sejujurnya, dia tidak kisah pun memandu Proton Waja milik ibunya yang sudah pun berusia 10 tahun itu. Baginya, selagi kereta tersebut mampu membawanya ke mana-mana destinasi tanpa sebarang ragam, dia sudah cukup berpuas hati.
  • DI RUANG santai yang disediakan untuk pekerja Kafe Boraque, Raina menghabiskan baki waktu rehatnya yang tinggal sepuluh minit itu dengan menghubungi Syahir. Tetapi dia terkejut apabila mendapati lelaki itu masih tidur walaupun sudah pukul 3.00 petang. “Awak buat apa malam tadi sampai tak tidur? Kan saya dah pesan, jangan biasakan berjaga waktu malam… nanti bila siang awak tak boleh bangun!” Ada nada kesal dalam suara Raina. Berbuih-buih mulut menasihati Syahir, tapi satu pun nasihatnya tidak didengari.
  • DIA mendengar dengan tekun apa yang diperkatakan oleh pemanggil di hujung sana. “Okey macam ni… pagi ni saya tak ada di kampus. Tapi kalau awak nak jumpa saya untuk berbincang tentang tesis awak tu, bolehlah datang ofis saya pukul 2.00 nanti.” “Baik, encik. Pukul 2.00 nanti saya tunggu di ofis. Terima kasih ,Encik Emir!”
  • UZAIR yang sedang menyarung kaki palsunya di birai katil mendengus kuat. Jeritan suara di luar pagar yang sedang melaungkan nama adiknya itu umpama bunyi langau. Bingit lagi menyakitkan telinga yang mendengar. “Rai… keluarlah. Saya nak cakap dengan awak ni! Janganlah buat saya macam ni. Saya minta maaf Rai… saya buat awak marah semalam. Saya menyesal Rai.”
  • DI DAPUR, Raina tekun meneliti angka yang tertera di skala digital itu. Tepung yang ditimbang mesti tepat sukatannya. Jika berlebihan tepung, pasti skon menjadi keras seperti batu. Umpama dibaling ke dinding tapi dinding yang retak. Perlahan-lahan Qistina menghampiri kakaknya. Tetapi belum sempat dia melabuhkan punggung di atas bangku, kedengaran suara Raina memberi arahan.
  • “DAH putus!” Qistina dengan lagak seorang wartawan mendekati adik-beradiknya yang sedang berkumpul di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu sambil menonton rancangan ‘Lawak ke der?’ Perbualan dan gelak tawa yang tadinya rancak, terhenti seketika. Mereka menumpukan perhatian kepada Qistina. Antara mahu percaya atau tidak dengan berita terbaharu yang dibawa oleh adik bongsu mereka.
  • TELEFON pemberian Syahir masih melekap di telinganya. Raina duduk bersila di atas katil. Untuk sekian kalinya, dia terpaksa menahan sabar. Bercakap dengan Syahir menuntut kesabaran yang tinggi. Hati lelaki itu sedang berapi. Kata-kata yang terbit di bibir, ternyata bukan lahir dari akal. Sebaliknya dari emosi yang tidak stabil.
  • OKEY-OKEY kalau you tak bagi I hantar you balik, I nak ajak you minum dulu. Kejap aje. Biar you rasa tenang, betul-betul relaks,” ujar Iman, terus memandu dengan kelajuan sederhana. ‘Minum lagi? Nak bagi perut aku yang ramping ni pecah meletup ke apa?’ omel hati Lidya. Ketakutannya kerana didesak untuk dihantar pulang oleh Iman masih bersisa. Mahu tidak mahu, dia terpaksa memboloskan diri ke dalam kereta.
  • “SUNGGUH you tak nak I hantar sampai ke rumah?” soal Iman sebelum Lidya menghulurkan kaki untuk keluar dari keretanya. Sepasang matanya memerhatikan pondok menunggu bas berhampiran yang dipenuhi ramai pendatang asing. Bimbang hatinya hendak meninggalkan Lidya seorang diri. “Takpe, nanti I call kawan serumah. Biar dia datang ambil I,” ujar Lidya dengan senyuman. Bahaya kalau pemuda itu menghantarnya pulang. Dibuatnya Rania membuka pintu dan menjengulkan kepalanya, haru dia nanti bila Iman tahu mereka sebenarnya tinggal serumah dan adik-beradik lagi. Insiden Rania didukung oleh Iman tempoh hari bergentayangan di mindanya. Tiba-tiba perasaan cemburu menyelinap ke dalam jiwanya.
  • I mana biasa ke dapur? You kan tahu semua kerja-kerja kat rumah, bukan I yang buat? Maid I ramai. I ada tukang masak, tukang mengemas, tukang basuh, tukang sapu, tukang dandan, tukang kebun. Dia oranglah yang buat segala macam kerja. I cuma duduk aje,” temberang Lidya selamba. “Tu silapnya! Kenapalah mak cik you tu manjakan you sangat-sangat?” keluh Iman, tergeleng-geleng kesal.
  • “KENAPA you tak jawab call I tadi? SMS pun tak balas!” luah Lidya sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada Firouz Iman malam itu. Sempat dia mengerling pada muka jam yang tergantung di dinding. ‘Dah pukul 12.00 malam baru nak call balik? Selama ni ke mana kau pergi?’ getus hatinya. Kakaknya telah lama hanyut dibuai mimpi. Sebaik saja selesai menunaikan solat Isyak, Rania terkapar di atas katil. Keadaannya yang kurang sihat menuntut agar dia cepat berehat.
  • EH! Kau tak kenal ke mana satu yang namanya garam, mana pula yang namanya gula?” tanya Rania. Lidahnya yang payau masih terjelir-jelir. Puas dia berkumur untuk menghilangkan rasa masin yang pekat melekat. “Salah kau! Yang kau tak labelkan yang mana satu garam, mana satu gula tu, kenapa?” Cepat-cepat Lidya membela diri.
  • PETANG itu selepas waktu asar, Monalisa atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Mona tiba di rumah mereka selepas dihubungi oleh Lidya. Tanpa berlengah, bidan muda itu terus ‘mengerjakan’ kaki Rania yang terseliuh. Terjerit-jerit gadis itu menahan sakit. “Dah bengkak ni. Dah masuk angin... payah nak baik,” beritahu Kak Mona, terus melumurkan minyak Burung Bubut ke buku lali Rania. “Lain kali kalau terseliuh, cepat-cepat urut. Taklah melarat bengkaknya. Tengok ni... dah jadi macam kaki gajah tertusuk tulang kerbau,” selorohnya.
  • “KAU ke mana tadi, Dya? Sampai tak sedar langsung aku dah balik?” lampias Rania sebaik saja Lidya menjengulkan kepala di muka pintu. Kereta Iman baru beberapa saat menghilang meninggalkan pekarangan halaman rumah mereka. Lidya masih terjenguk-jenguk ke arah jalan raya. Dia ingin memastikan yang lelaki itu benar-benar telah jauh daripada pandangannya. Wajahnya masih disalut resah. “Apa yang terjenguk-jenguk lagi tu? Tolonglah aku...” tegur Rania dalam nada keras. Mukanya berkerut sambil mengerang-ngerang kecil.
  • “NAMPAKNYA rumah awak kosong... takde orang,” tutur Iman. Terpempan merenung seketika ke wajah Rania melalui cermin tingkap keretanya yang separuh terbuka. Rania mengetap bibir, kehairanan. Dia berfikir-fikir sendiri. ‘Lidya kata dia cuti. Mana pulak perginya? Ke... dia masih membuta lagi?’ Hati kecilnya tertanya-tanya seraya mengerling jam tangannya.
  • “FIROUZ IMAN kumbang idaman. Aku bunga kembang setaman...” Spontan mulut Lidya mencipta pantun dua kerat untuk dirinya sendiri. Dalam mata terpejam, wajah tampan kekasih hatinya terus bergentayangan dalam bayangan. Dia terkenang janji Iman yang akan membawanya berjumpa dengan ibu lelaki itu suatu hari nanti. Apa yang membuatkan dia cukup teruja, Iman mahu memperkenalkannya sebagai calon menantu. Bermakna, dia akan dilamar dan diperisterikan dalam tempoh terdekat ini.
  • LIDYA ARIANA masih bersenang-senang di sofa. Hujung kakinya terkuit-kuit sambil memasang angan-anganan. Suasana dingin membuatkan tubuhnya selesa berbungkus selimut separas dada. Dia berseorangan pagi itu. Kakaknya sejak jam 8.00 pagi sudah keluar ke tempat kerja. Biasanya mereka berdua berjalan kaki menuju ke kedai runcit Tauke Lim sebelum mengambil teksi sapu untuk ke tempat kerja yang berbeza.
  • MAK, Mira tak nak kahwin lebih-lebih lagi dengan Mail tu. Tolonglah!” Amira menarik muka masam mengalahkan masamnya belimbing buluh. “Kenapa tak nak? Mail tu kan kawan Mira sejak kecil lagi. Mail tu dah angau sangat dengan Mira.” “Eh, Cik Yat Yit Yok, lebih baik kau diam! Kalau tak, aku sental mulut tu dengan berus tembaga, baru kau tahu!”
  • AWAL-awal pagi lagi, Ariel sudah bersiap-siap untuk ke pejabat. Dia perlu sampai cepat ke pejabat kerana banyak kerja yang tak sempat dihabiskan semalam. Semasa di meja makan, Ariel hanya mencicip kopi, kemudian dia bangun tanpa menegur atau bersembang dengan sesiapa seperti biasa.
  • ARIEL termenung di beranda biliknya sambil memerhati malam yang dihiasi bulan penuh dan juga kerdipan bintang yang bergemerlapan. Cukup indah dan berseri, tapi hatinya sedikit pun tidak tertawan. Fikirannya jauh terbang ke arah peristiwa siang tadi. Sesuatu yang sungguh tidak dijangka dan diduga sama sekali.
  • KELUAR dari restoran itu, mereka bertiga berjalan beriringan sambil bersembang. Orang yang paling rancak bercakap ialah Halim. Ariel banyak mendengar dan ada ketikanya, dia menyampuk. Manakala Amir hanya menjadi pendengar setia yang tak bersuara. Walaupun Amir tak suka, tapi dia terpaksa ikut, nanti apa pula kata Ariel. Dia juga perlu menjaga air muka pak sunya.
  • “PAK SU, apa mimpi kita makan kat sini?” Amir melihat di sekeliling ruang restoran yang agak mewah. Ramai pengunjungnya yang sedang menikmati hidangan. “Kenapa, kena tunggu mimpi dulu ke baru boleh datang makan kat sini?”
  • PETANG minggu yang damai. Similir angin bertiup nyaman, membawa bau-bauan dari pohon yang berbunga di sekitar tasik. Amir bersendirian di Taman Tasik Permaisuri. Tanpa Pian atau Zaki. Tak ada pak su, Musa ataupun Ripin yang menemaninya. Mereka semua ada hal. Macam mana dia boleh tercampak di tepi tasik ni pun, dia tak berapa nak ingat. Tahu-tahu saja dia sudah bersendirian bersama motor kapcainya.
  • SEBUAH kereta putih berhenti tepat di hadapan bengkel. Penumpangnya turun sementara pemandunya sedang mencari parkir yang sesuai untuk keretanya. Amir berlari laju ke arah kawan-kawannya, dan memberi arahan kepada mereka supaya bersekongkol dengannya, lalu dia terus menghilangkan diri. “Boleh saya bantu encik?” Kudin bertanya ramah. “Saya Ariel. Saya datang nak tengok kereta saya yang kena tunda semalam. Dah siap ke belum?” “Oh, Volkswagen putih tu ya?! Semalam lagi dah siap. Amir yang repair.”
  • “KAMAL, boleh tolong ambil aku tak?” Sudahpuas dia menghubungi kawan-kawan yang boleh membantu, tetapi hampa belaka. Semuanya sedang sibuk dengan tugas masing-masing. Nak minta bantuan siapa ya? “Kau kat mana?”
  • AMIR sibuk mengemas peralatan bengkel yang berselerak. Sambil mengemas, mulutnya becok mengomel itu dan ini. Dua orang pekerja lagi sibuk dengan kereta yang perlu dibaiki. Kereta itu perlu disiapkan dalam masa terdekat. Esok hari minggu, biasanya Encik Halim akan tutup kedai dan dia tidak akan menyimpan kereta pelanggan di dalam bengkelnya.
  • JAM loceng yang berada atas meja di tepi katil itu berbunyi nyaring. Namun, pemiliknya langsung tidak terkesan dengan bunyi yang membingitkan telinga itu. Jam loceng berwana hijau yang jadi pendamping itu menjerit lagi, persis jeritan perempuan terkena histeria. “Ariel... bangun! Bangun!” Puan Hasni mengejutkan anak bujangnya. Punat jam yang tidak pernah erti jemu berkhimat itu ditekan dan bunyi pun hilang serta-merta.
  • KETIKA lembayung subuh tersingkap sedikit demi sedikit, Junaira dan Haziq sudah keluar dari rumah. Mereka berdua sama-sama menunggang basikal menuju ke simpang kampung untuk ke jalan besar. “Adik, kayuh cepat sikit. Nanti terlepas bas pulak,” tegur Junaira apabila Haziq tertinggal agak jauh. Jika Haziq tertinggal bas, terpaksa dia menemani adiknya itu menunggu teksi. Untuk menunggu bas seterusnya, maka lambatlah Haziq sampai ke sekolah.
  • KELIHATAN beberapa orang perempuan melangkah masuk ke dalam restoran dan mengambil tempat di sebuah meja. Junaira tidak berlengah, lantas dia mendapatkan pelanggannya itu. “Selamat datang, kak. Nak minum air apa?” Junaira sudah bersedia dengan pen dan kertas di tangan. Sesudah lima orang wanita itu membuat pesanan, Junaira terus ke bahagian membuat air. Pesanan diberi kepada Sahak. Untuk makanan pula disediakan secara bufet.
  • HANYA pandangan lemah dilemparkan merenung kayuhan basikal Saef. Lelaki keturunan Pakistan yang menjual karpet dari rumah ke rumah itu entah mahu ke mana. Junaira melepaskan nafas lemah yang panjang. Baru sebentar tadi lelaki itu mengutip hutangnya. Arwah Ramizah ada berhutang dengan Saef membeli dua keping permaidani.
  • BERGEGAS Junaira membuka pintu apabila mendengar seseorang melaung namanya. Terkejut dia melihat tubuh yang sedang tercatuk di halaman rumah. “Eh, Mai... masuklah.” “Tak apalah. Kita berbual kat sini aje.” Maizatul duduk di tangga.
  • ENAM hari sudah berlalu. Demam Haziq beransur kebah. Namun, dia lebih suka mendiamkan diri dan banyak termenung. Junaira menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, adiknya itu tidak lagi hanya terbaring di atas katil. Dia tahu Haziq sorok-sorok menangis di belakangnya. Kerana kesihatan Haziq, niat untuk mencari kerja ditangguh kan.
  • SEDANG Junaira dan Maizatul berbual-bual, ter dengar suara orang memberi salam. Junaira bingkas bangun dan menjengah di tingkap. “Waalaikumussalam,” jawab Junaira perlahan. Dalam masa yang sama, fi kirannya ligat berfi kir setelah melihat tetamu yang berdiri di luar rumah.
  • JUNAIRA merenung Haziq yang sedang lena itu. Setiap kali menatap wajah polos itu, hatinya dipalu pilu. Demam Haziq belum kebah lagi. Malah, bertambah panas suhu badannya. Malam tadi, Haziq meracau-racau memanggil ibu dan abah ketika tidur. Sayu jiwanya melihat Haziq begitu. Rasa rindunya pada Ramizah dan Mustafa makin melimpah-limpah.
  • MATA yang terpejam lama itu perlahan-lahan terbuka. Seketika, Junaira memejamkan matanya semula. Terasa seluruh tubuhnya sengal-sengal. Fikiran yang kosong mula memacu arah. Dia kebingungan. Entah di mana dia berada kini.
  • MELILAU Junaira mencari kelibat Fahim. Dia sudah berjanji dengan jejaka itu untuk bertemu sebelum peperiksaan kertas terakhir berlangsung. Tapi, batang hidung Fahim langsung tidak kelihatan. Peperiksaan akan bermula dalam masa 15 minit lagi. “Mana dia ni?” Dia tertanya-tanya. Resah riak wajahnya sambil tertinjau-tinjau.
  • TUDUNG berwarna biru uniform pengawas disarungkan ke kepala setelah menyapu bedak muka dan mencalit pelembab di bibir agar tidak kering. Sambil bercermin, Junaira melipat kiri dan kanan tudungnya itu serta merapikan bahagian atasnya. “Kak long... mari makan!” laung Ramizah dari dapur. “Kejap, ibu,” kata Junaira. Cepat-cepat dia memakai tag nama di dada kiri tudungnya. Kemudian dia tersenyum memandang biasan diri di cermin meja solek itu. “Okey, cun!”
  • SUDAH dua hari Ainin tidak melihat muka Ziyad kerana pemuda itu keluar rumah awal untuk ke pejabat. Entah apa sebabnya Ziyad bersikap dingin begitu, dia tidak dapat meneka. Apa yang dapat disimpulkannya, Ziyad mahu mengelak daripada bertembung muka dengannya. Mungkin marah Ziyad padanya masih berbekas di hati.
  • DI RUMAH, Ainin teringatkan Ziyad. Mencecah kepala di bantal, dia terus terkenangkan lamaran Ziyad tadi. “Awak tahu kan niat saya sebenarnya nak kahwin dengan awak? Niat saya cuma nak bantu awak aje. Tak lebih dari tu.”
  • SELEPAS menunaikan solat maghrib, Ainin ke dapur menyediakan makan malam. Arisha yang sudah pandai meniarap dan menelentang dibiarkan bermain-main sendiri. Sesekali Faiz yang duduk berhampiran, mengagah-ngagah anak saudaranya dengan pertuturannya yang sedikit pelat. Tersenyum sendiri Ainin melihat keletah kedua-dua permata hatinya itu. Ainin membawa mangkuk nasi lalu diletakkan ke atas meja kecil di ruang tamu. Di situlah biasanya tempat mereka menjamu selera.
  • “HISYAM dah minta duit sewa rumah?” tanya Ziyad pada keesokan paginya sebaik saja Ainin muncul di hadapan mata. “Belum.” Sepatah jawapan Ainin. Menonong langkahnya menghala ke dapur. Malas menghadap muka Ziyad lama-lama.
  • SEBAIK sahaja masuk ke rumah Hajah Fauziah dan terlihat Ziyad sedang duduk santai di ruang tamu, Ainin terus menuju ke arahnya. Berdiri betul-betul di hadapan Ziyad dengan muka tegang semacam. “Berapa sebenarnya gaji saya sebulan?” tanya Ainin dengan tangan kanan menyeluk poket seluar panjangnya. Ziyad yang sedang menonton rancangan Malaysia Hari Ini di TV3, mengalih pandang ke wajah Ainin. Hari ini Ainin nampak lain sedikit apabila mengenakan blaus berwarna merah jambu berbunga kecil-kecil. Cantik! Dia sempat memuji dalam hati.
  • “WANI tak ke rumah Datuk lagi?” soal Shamin bila Qaseh masih berada di pejabat dan menjalankan tugasnya seperti biasa. “Siapa yang uruskan makanan kat sana nanti?” soalnya lagi bila Qaseh hanya tersenyum hambar dan menggeleng. “Wani dah suruh Aman dan Pak Zaki ke sana. Tadi Aman dah telefon. Dia cakap semuanya beres. Pinggan mangkuk dan peralatan makanan semua dah sampai. Pukul 6.00 petang nanti Pak Cik Sobri akan hantar makanan.”
  • YOU suruh dia handle majlis tu?” Ter- beliak biji mata Lydia bila diberitahu oleh Ikmal yang Qaseh sudah ditugaskan untuk mengendalikan jamuan hari lahir untuk Datin Rahimah. “Mal, apa budak beringus tu boleh buat? Buat rosak majlis tu saja nanti.” “Alah, bukannya susah mana pun! Nampak dia buat okey saja. Tak payah bimbanglah. Semuanya akan okey. Tahun ni biar dia aje yang uruskan.”
  • SUDAH hampir dua jam Qaseh berlegar-legar di One Utama untuk mencari hadiah yang sesuai untuk Datin Rahimah. Rancangan asalnya, dia akan ditemani oleh Zalia.Malangnya, Zalia pula ada hal dan tidak dapat menemaninya. Shamin pula awal-awal sudah menolak ajakannya. Maklumlah, keadaannya yang semakin sarat memang meletihkan jika banyak berjalan.
  • KELAM kabut Qaseh menghabiskan kerjanya. Hari ini Lydia sudah mula bercuti. Semakin sibuk dia bila tugasnya kian bertambah. Dia terpaksa menjadi setiausaha sementara Ikmal. Apatah lagi bila ketiga- tiga orang penting syarikat tersebut bermesyuarat. Lenguh tangannya mencatitkan perkara yang harus dilaksanakan oleh Ikmal dan Hamdan. Nasib baik Shamin belum bersalin. Jika tidak semputlah jawabnya dia hendak menjadi setiausaha pada tiga orang sekali gus.
  • TIJA sudah nyenyak dibuai mimpi. Tinggal Hariez yang masih berjaga sambil membaca. Sedikit tiada kantuknya. Begitu sabar dia menantikan jam ke detik 12.00 malam. Awal-awal lagi dia telah membuat peringatan di telefon bimbitnya supaya tidak terlepas saat tersebut. Bunyi saja telefon tersebut, dia terus menutup buku yang dibacanya. Wajah Tija yang tidur pulas direnungnya, penuh kasih. Pipi Tija yang tidak secekang 20 tahun yang lalu diusap-usap perlahan untuk membangunkannya. 24 hari bulan Oktober tiba lagi. Genaplah usia Tija 40 tahun.
  • DATIN RAHIMAH meletakkan talam yang dibawanya ke atas meja. Banyak kerenah pula suami dan anak lelakinya itu malam ini, hendak menonton sambil minum kopi pulak. Hendak disuruh Yanti, pembantu rumahnya buatkan, kesian pula. Dah hampir tengah malam, entah-entah dia sudah pun tidur. “Cerita apa tu abang, Mal?” soalnya pada Datuk Idris dan Ikmal yang leka menonton.
  • QASEH membelek-belek helaian demi helaian surat khabar di tangannya. Sesekali ditandanya surat khabar tersebut dengan pen. Kelakuannya menarik minat Hariez dan Tija yang sejak tadi asyik memerhatikan kelakuan anak gadis mereka itu. “Buat apa tu Qaseh?” soal Hariez. “Cari kerja, bah.” “Cari kerja? Hai! Baru seminggu kerja dah nak cari kerja lain! Takkan dah nak berhenti?” soal Tija pula.
  • DATUK IDRIS berbisik sesuatu kepada Ikmal dan Hamdan yang asyik terangguk-angguk mendengarnya. “Dari penelitian kami bertiga, awak cukup semuanya. Ada kelayakan, ada rupa, penampilan dan ada self esteem. Yang kurangnya cuma awak tak ada pengalaman.
  • JAM di tangannya belum pun pukul 9.00 pagi. Masih awal lagi. Temu duga pukul 9.30 pagi! Perlahan-lahan, Qaseh memberhentikan keretanya di pinggir jalan tepat di depan sebuah gerai menjual majalah dan surat khabar. Niatnya untuk membeli senaskah surat khabar, boleh juga dibaca semasa menunggu untuk ditemuduga nanti.
  • TIJA meneliti wajahnya di cermin. Sudah kelihatan satu dua garis-garis halus di tepi matanya. Sungguh cepat masa berlalu. Dalam masa tidak sampai sebulan lagi, dia akan menyambut hari lahirnya yang ke 40. Hmm... Dah tua. Detiknya sendirian. Mana tidak tua. Anak kembarnya, Qais dan Qaseh sudah menjangkau 20 tahun. Qaid pula akan masuk ke sekolah menengah tahun hadapan.
  • PINTU pagar dibuka. Dilaila melangkah deras, namun matanya sempat menangkap sebatang sabit yang ada di bawah pokok rambutan. Serta-merta dadanya berombak, matanya meliar sebelum menangkap sepasang kaki yang terlunjur di celah pasu. Dilaila bergegas ke rimbunan pokok bunga di sudut kanan pagar rumah. “Luqman!” Dilaila menjerit. Lelaki yang sudah hampir biru itu segera dikejutkan. Luqman batuk dengan kuat bagaikan hendak terkeluar segala isi perutnya dengan matanya yang terjojol. Pada bahagian abdomennya, segala-gala sudah tidak terkawal lagi. Dia terkencing-kencing setiap kali batuk kerana pundinya ditekan oleh usus.
  • KEENAKAN ikan baung bakar membuatkan Luqman makan dengan lahapnya. Perutnya yang kempis terasa penuh. Badannya berpeluh dek kepedasan sambal belacan buatan Dilaila. Usai membasuh tangan, Luqman melangkah keluar untuk menyejukkan badan. Lalu tersandar di perdu manggis. Di situ ada pangkin tempat melepaskan lelah selepas penat bekerja atau sekadar ingin lari daripada bahang panas yang terkuap dalam rumah. Di situlah juga menjadi tempat dia sering bermain guli sewaktu kecil.
  • WAJAH Salimah kemerah-merahan menahan malu. Entah mengapa sejak kebelakangan ini, acap kali dia dan keluarganya menyusahkanlelaki itu. Walaupun berstatus saudara tetapidia tidak mahu terus-terusan mengharapkan bantuan Razak. “Minta maaf, Razak. Kalau kau tak ada tadi, entah apalah jadi pada anak aku.” “Tak apalah. Bukan aku yang tolong pun. Mujur Amer baru balik dari masjid. Dia nampak ada orang terbabas masuk longkang. Bila dia cuba tolong, barulah dia tahu yang itu Dilaila.”
  • TIGA bulan telah berlalu. Pagi ini, kokokan ayam jantan mengejutkan Dilaila daripada tidur. Dia terdengar bunyi periuk belanga bergeseran sesama sendiri di dapur. ‘Mak dah bangun,’ getus hati kecilnya. Mata yang masih liat membuatkan dia menarik selimutnya semula.“ Hei, bangun! Kau jangan nak jadi raja dalam rumah ni!” Tiba-tiba suara Salimah memekik memecah keheningan subuh. Dilaila terdengar bunyi benda dipukul seraya kedengaran keluhan daripada Luqman.
  • SEMUA jiran tetangga sudah pulang. Dilaila mengemaskan mana-mana barang yang berselerak di depan mata. Salimah pula lebih senang duduk dan termenung. Tidak dihiraukannya siapa yang lalu lalang di depannya. Melihat ibunya masih termangu, dia segera mengambil wuduk dan bersolat isyak. Dibiarkan sahaja perutnya berkeroncong. Sejak pagi tadi dia belum menjamah makanan dengan sempurna.
  • DI RUMAH, Salimah tenang menanti kepulangan anaknya bersama jenazah Nek Tijah. Sesekali tangannya menyambut salam jiran tetangga yang datang melawat. Seorang wanita sedang sibuk membentang kain kapan di ruang tamu. Sesekali dia bersuara memberi arahan itu dan ini kepada pembantunya. Sebuah troli mandi jenazah sudah tersedia. Perancangan rapi sudah diatur kemas dengan tirai pengadang dipasang buat sementara. Jenazah perlu terus dimandikan dan dikapankan sebelum maghrib menjelang tiba.
  • LAMUNAN Salimah terhenti apabila seorang lagi tetamu tak diundang muncul memberi salam. Dia bangkit dan menjenguk di muka pintu. Di situ terjengul wajah Razak Saleh, pesara polis yang selalu mengambil berat terhadap hal ehwal dia dan Dilaila. “Mah, kau kena ikut aku ke hospital sekarang!” “Sudahlah tu, Razak. Kalau dia dah mati, kau hantar sajalah dia ke rumah mak bapak dia. Aku dah tak ada kena mengena dengan dia lagi.”
  • PAGI hari Sabtu itu tidak seperti pagi hari-hari yang sebelumnya. Kalau sebelum ini Dilaila akan bangun awal untuk solat subuh dan seterusnya mengulang kaji pelajaran. Hari ini dia belum bangkit lagi. Hati Salimah tertanya-tanya, tetapi kerana menyangka yang anak gadisnya datang haid dan sengaja mahu bangun lewat, dia terus keluar rumah menuju ke pasar tani.
  • TATKALA azan maghrib berkumandang, barulah Dilaila menjejakkan kaki di ambang pintu rumahnya. Biarpun dia berusaha untuk tidak bertembung dengan ibunya tetapi wanita itu terlebih pantas mencium bau kehadirannya. “Kau dari mana, Dilaila?” Wajah bujur dengan dagu berlekuk itu terkejut dan dengan gugup dia menjawab, “Rumah Jessila...” Kata-katanya tergantung di situ sahaja kerana seboleh mungkin dia tidak mahu menipu.
  • TANGGAL 5 September 2006, genaplah 17 tahun usia Qaseh Dilaila. Namun, cuaca hari ini bagaikan tidak gembira menyambut ulangtahun kelahirannya. Ketika ini, kakinya tegar mengayuh basikal. Dari bola mata terlihat mendung bersilang-silang bagai tikar mengkuang di dada langit, menyaring panas dan menyisakan cahaya suram. Membekalkan hawa dingin buat tubuh yang sering garing dibakar matahari.
  • BARU sahaja Iman mahu memulakan kerja, keempat-empat askar kecil sudah berdiri berbaris menghadapnya. Dia menjongketkan keningnya. “Mak su, nak minta maaf.” Ain mendahului yang lain. Dihulurkan tangan kecilnya pada Iman. Terbelai hati Iman. Dicium pipi Ain setelah si kecil itu menyalami tangannya.
  • “LAA... apasal bersepah sangat ni?” tegur Iman sebaik sahaja menjengah ke ruang tamu. Hanya dia bersama anak-anaknya malam ini kerana Arie bertugas. Rayyan dan Ain turut bersamanya memandangkan Dr. Razif bertugas sebelah malam lagi. Kepenatan menguruskan kedai siang tadi masih belum hilang. Kini budak-budak itu menambahkan serabut di kepalanya.
  • SEMENTARA itu di dalam bilik, Ekin terkekehkekeh ketawa sendirian. Geli hati mengenangkan peristiwa petang tadi. Seronok benar dia bila dapat mengenakan Datin Fauziah dan anak lelakinya. “Padan muka!” kutuknya. Fikirannya mula menerawang kembali ke peristiwa petang tadi.
  • “EKIN, kenapa buat perangai macam tu tadi? Malu mama tau,” marah Puan Syarifah Nora pada anak gadisnya. Bengkak hatinya mengenangkan perangai yang ditunjukkan oleh Syarifah Nurul Asyikin. Malu dia pada kawannya, Datin Fauziah tadi. Ekin hanya mendiamkan diri. Wajahnya kaku tanpa sebarang perasaan. Hanya matanya difokuskan pada televisyen yang sengaja dikuatkan sedikit suaranya. Malas dia mahu melayan bebelan mamanya. ‘Layan cerita Korea ni lagi bagus,’ bisik hatinya.
  • IMAN yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kedainya, sudah tergeleng-geleng melihat gelagat temannya. Siapa lagi kalau bukan Alia. Anak-anak yang baru diambil dari tadika, sudah mencicit lari ke bahagian dalam kedai barangan perkahwinan dan bungabungaan miliknya dan Alia.
  • “ASSALAMUALAIKUM...” Dr. Razif memberi salam di luar pintu rumah Arie dan Iman. Seketika, kedengaran pintu dibuka. Terjengul wajah comel si kembar Izzati dan Insyirah. “Eh, pak long...” sapa Izzati mesra. Berebut-rebut dia dan Insyirah hendak menyalami tangan bapa saudara mereka.
  • “ABANG janji dengan Su ya? Walaupun Su dah tak ada nanti, abang akan tetap hidup bahagia dengan anak-anak,” pinta Suhaila. Lemah suaranya. Sejak disahkan menghidap kanser pangkal rahim, keadaannya semakin teruk. Kuasa ALLAH siapalah yang dapat menghalang. Walaupun dia seorang yang amat mementingkan penjagaan kesihatan diri, ketentuan ILAHI tidak dapat dihindari. Bertambah malang, penyakitnya dikesan lewat.
  • “AIN punya! Abang jangan ambil.” Ain mula merengek apabila mainannya dirampas oleh Rayyan. Rayyan membalas dengan jeliran lidah. Nakal sungguh budak ni. Si ibu saudara pula apa lagi. Terus membulatkan matanya.
  • MENDENGAR riuh ketawa suara si suami bersama anak-anak, menarik perhatian Iman untuk menjengah ke luar rumah. Tersungging senyuman di bibirnya tatkala melihat gelagat insan-insan tersayang. Marahnya sebentar tadi sudah terusir jauh. Sungguh, melihat tawa Arie dan anak-anak, mengundang bahagia yang tidak sedikit di hatinya.
  • “MUHAMMAD RAYYAN bin Mohd Razif!” Lantang jeritan Iman memecah suasana hingar-bingar rumah banglo setingkat itu. Empunya diri yang dijerit tadi, terus kaku berdiri. Si kembar Izzati dan Insyirah turut menikus mendengar jeritan ibu mereka. Yang kedengaran hanya tangisan si adik, Nur Ain Syifa. “Rayyan ni kenapa suka sangat menyakat adik? Mak su nak buat kerja kat dapur tu pun tak senang,” marah Iman kepada anak saudaranya. Ain yang masih teresak-esak didukungnya.
  • BERMULA hari itu, aku menjadi lebih rapat dengan Zeyra. Sering saja dia mengajak aku ke rumahnya. Tidak aku peduli riak Aman yang kadang-kadang tidak gemar aku ‘kacau daun’ hubungan mereka. Namun, keramahan Zeyra amat aku senangi. Sering sahaja dia membelaku. “Qeena, sini.” Zeyra menarik tanganku. Mujurlah tidak jatuh bekas air di tanganku. Aku pandang Yani. Dia menggeleng bila aku isyaratkan akan makan sama dengan Zeyra dan Aman di bangku taman sekolah.
  • MALAM minggu, aku menolong ma menyiapkan juadah jualan di dapur. Murah rezeki ma. Tempat kerja kawan abah menempah makanan daripada ma untuk majlis di pejabatnya. Menunya adalah nasi lemak dan tiga jenis kuih-muih. Sambal nasi lemak ma sudah masak pada waktu malam. Esoknya, ma tanak nasi dan sediakan bahan sampingannya. Kadang-kadang abah dan Aman juga membantu sama. Tapi malam ini, ma kata cukuplah aku sahaja yang membantunya.
  • LANGKAHKU terhenti. Hatiku berbolak-balik. Wajarkah aku menghampiri mereka di bangku laman banglo keluarga Zeyra? Tidak tahu mengapa, hari ini aku betul-betul berani. Terasa ingin berkawan dengan Zeyra juga. Mahu kawan Aman itu menjadi temanku juga. Suara tawa Aman dan Zeyra menampar pendengaranku. Aku tidak suka bunyi tawa yang bergandingan begitu. Suara garau itu dulu selalu berganding dengan tawaku.
  • “QEENA, buat apa kat sini?” Fendi menghampiri aku di bawah pondok menunggu sekolah kami. “Tunggu Aman,” jawabku sedikit teragak-agak. Sejak hari aku memarahinya, kami tidak pernah bertemu dan berbual. Dia juga tidak datang menemuiku memberi penjelasan. Yani juga tidak berkata apa mengenai perkara itu. Kuanggap segalanya sudah selesai. Aku pun malas hendak peningkan kepala fikirkan benda remeh-temeh seperti ini. Lebih-lebih lagi bila melibatkan soal hati dan angan-angan Fendi.
  • “DAH datang tuannya.” Ma memanjangkan leher ke hadapan. Banglo di hadapan rumah kami sudah siap sepenuhnya dua bulan yang lalu. Seingat aku, pembinaan rumah ini bermula mulai pertengahan tahun lepas. “Rumah dah siap. Mestilah mereka nak datang duduk,” tambah abah.
  • “HUH, handsome sungguh abang kau tu.” Yani yang baru selesai menyisip minuman berkata. Sesekali pandangannya jatuh pada Aman yang sedang berlatih sukan di padang sekolah. Aman menjadi jurulatih kepada pelajar tingkatan satu hingga tiga bagi perlawanan bawah 15 tahun. Turut sama adalah Cikgu Hisyam selaku guru sukan. “Hei, bukan abang akulah.”
  • ANAK patung beruang warna merah jambu yang sederhana besar dan berbulu lembut kurenung lama. Hanya patung, namun menjadi kesukaan manusia. Kecomelannya menjadi pujian. Erat kupeluk patung ini. Menyerbu rasa gembira. Lebih-lebih lagi dengan bau patung baru yang enak. “Beli patung?” Aku menoleh ke pintu. Aman bersandar di muka pintu yang terbuka luas. “Dah lama balik?” soalnya lagi. Tika aku sampai di rumah sebentar tadi, Aman masih belum ada di rumah.
  • RAMBUT aku lepaskan bebas. Aku selitkan sepit kecil berbentuk ikan di kiri dan kanan rambutku. Baju berkolar lengan pendek, aku padankan dengan jean hitam. Mukaku sekadar berbedak dan kuoles pelembap bibir berperisa oren. Harganya RM3.50 sahaja. Ma yang belikan untuk aku daripada Kak Ju yang menjual barangan Avon.
  • FENDI berdiri di hadapanku. Tidak tahu pun dari arah mana datangnya. Sedar-sedar sahaja dia sudah tersengih umpama kerang busuk. Dilabuhkan duduknya atas bangku di hadapanku. “Hai, Qeena.” Aku pandang sekilas padanya. Masih tidak ada mood. Mood yang sudah hilang kerana masih terkesan dengan perangai aneh Aman kelmarin. Aku mencari-cari puncanya, namun tidak kutemui.
  • AKU membesarkan mata membalas renungannya yang lama. Menyatakan yang aku tidak gentar pun dengan tenungan tajamnya. Kami memang suka berlawan besarkan mata. Siapa yang berkelip, dialah yang kalah. Selalunya akulah yang menang. Aman pasti akan mengelip dan mengenyehkan matanya dahulu. Rasanya hampir 15 minit kami berkeadaan begini. Saling membesarkan mata. Mataku kian pedih. Tidak tertahan lagi rasanya. Selalunya cepat sahaja Aman mengalah. Dari mana pula dia ambil stamina?
Bancian Sinar

Cadangan motosikal ‘kapcai’ dilarang memasuki Kuala Lumpur bagi mengurangkan kadar pelepasan karbon?

Lihat Keputusan

Adakah larangan 'kapcai' memasuki Kuala Lumpur mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas?

Lihat Keputusan

DIALOG HARI INI
Lagi Kerjaya >>